Cerita Tentang [
Komen
]

Sistem Komen Facebook Bermasalah!

Sejak semalam saya merasakan seperti ada yang tidak kena dengan blog ini.

Bila diperhatikan betul-betul, memang sah terdapat sedikit masalah pada sistem komen Facebook yang telah dipasang pada blog. 


Entah apa sebabnya saya pun kurang pasti. Yang pastinya, ruangan komen tidak dapat memaparkan sepenuhnya komen-komen yan telah dibuat oleh pengunjung. Tentunya keadaan ini amat menyukarkan saya untuk membalas komen-komen tersebut. 

Cuba juga mencari maklumat yang berkaitan di internet dan Facebook Developer. Namun hasilnya tidak berapa memberangsangkan. Jadi saya berpendapat untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan kembali semula kepada asas iaitu membongkar semula kod script asal dari Facebook Developer. Mungkin juga ada kemaskini terbaharu daripada Facebook Developer yang telah saya terlepas pandang.  

Apa pun, saya perlu cari masa yang sesuai dan mencukupi untuk memeriksa semula kod script tersebut. Harap dapat memperbaikinya secepat mungkin. Insyallah.




Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Mdanif.com dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:




Penghantaran Oleh FeedBurner

Share |
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment