Alhamdulillah. Masalah pada sistem komen Facebook [Link] yang dipasang pada blog ini telah berjaya diselesaikan.
Seperti yang dijangka untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan kembali kepada asas, membongkar semula kod script asal.
Seperti yang dijangka untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan kembali kepada asas, membongkar semula kod script asal.
Setelah diperhalusi, didapati bahawa punca masalah tersebut (bug) adalah disebabkan oleh kod script lama yang masih digunakan pada blog ini. Walapun cuma sedikit sahaja perubahannya, ia telah menjejaskan kelancaran aplikasi komen tersebut.
Setelah mengenal pasti masalah, saya mencari beberapa penyelesaian yang berpotensi dan sesuai untuk digunakan diblog ini. Didapati penyelesaian daripada The WWW Buzz [Link] agak menyeluruh dan bersesuaian. Cuma sedikit pengubahsuaian diperlukan untuk memastikan keserasiannya dengan blog ini.
Sekarang semuanya sudah berfungsi seperti biasa. Alhamdulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan