BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

30 September 2012

Kalendar Penuh Perlumbaan Formula 1 (F1) Musim 2013

FIA telah mengesahkan kalendar perlumbaan Formula 1 musim 2013 pada mesyuarat Majlis Sukan Motor Dunia (WMSC)  yang diadakan di Paris.

Namun begitu terdapat sedikit keraguan mengenai Grand Prix of America yang bakal diadakan di New Jersey pada 16 Jun 2013.  Menurut Supremo F1, Bernie Ecclestone [Link] masih terdapat beberapa butiran kontrak yang belum dipersetujui sepenuhnya oleh kedua-dua pihak.

Kalender Penuh Perlumbaan Formula 1 (F1) Musim 2013



Date Race Circuit
1. March 17 Australian GP Melbourne
2. March 24 Malaysian GP Sepang
3. April 14 Chinese GP Shanghai
4. April 21 Bahrain GP Sakhir
5. May 12 Spanish GP Circuit de Catalunya
6. May 26 Monaco GP Monte Carlo
7. June 9 Canadian GP Montreal
8. June 16 GP of America * New Jersey
9. June 30 British GP Silverstone
10. July 14 German GP Hockenheim
11. July 28 Hungarian GP Hungaroring
12. August 25 Belgian GP Spa-Francorchamps
13. September 8 Italian GP Monza
14. September 22 Singapore GP Marina Bay
15. October 6 Korean GP Yeongam
16. October 13 Japanese GP Suzuka
17. October 27 Indian GP Greater Noida
18. November 3 Abu Dhabi GP Yas Marina
19. November 17 US GP Austin
20. November 24 Brazilian GP Interlagos

*Subject to confirmation

Selain daripada itu, desas-desus pengunduran Lewis Hamilton daripada pasukan McLaren akhirnya terjawab. Pasukan Mercedes AMG Petronas mengumumkan bahawa pelumba tersebut bakal berlumba untuk pasukan mereka pada musim 2013 bagi menggantikan Michael Schumacher

Manakala pada satu majlis berasingan, pasukan McLaren telah mengumumkan bahawa Sergio Perez akan berlumba untuk pasukan Mclaren untuk musim 2013 bagi menggantikan Lewis Hamilton.

Nampaknya belum pun tamat musim 2012, 2 buah pasukan besar telah mula merancang strategi mengukuhkan pasukan. Apa pun perkembangannya, tentunya ramai yang menunggu kenyataan rasmi dari Micheal Schumacher mengenai masa depannya. Adakah beliau masih mahu berlumba atau sebaliknya.



Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan