Antara yang menarik pada pembentangan Bajet 2013. Khas buat belia iaitu golongan yang berumur antara 21 hingga 30 tahun yang berpendapatan dibawah RM3000.
Beruntung belia sekarang kerana dapat menikmati rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar. Memang sekarang zaman gadget. Sesuatu harus dilakukan untuk meningkatkan lagi pemilikannya untuk merancakkan lagi perkembangan dan gelombang teknologi maklumat.
Teringat ketika di awal tahun 90an dimana komputer peribadi (PC) masih belum popular. Sebaik pihak kerajaan mengumumkan pemansuhan cukai komputer peribadi (PC) pada tahun 1995, harganya terus turun mendadak. Hampir semua pelajar universiti serta isi rumah sudah mampu memilikinya. Seterusnya merangsang perkembangan teknologi maklumat di negara ini.
Benar, tentu akan ada pihak yang bakal mempertikaikan langkah kerajaan menyediakan peruntukkan sebanyak RM300 juta untuk tujuan ini. Ada yang beranggapan ianya adalah pembaziran. Lebih lebih lagi apabila insentif atau rebat bagi pembelian telefon pintar yang dianggap sebagai alat hiburan dan bukannya alat produktiviti.
Namun begitu sebagai seorang yang berada didalam industri teknologi maklumat, saya melihat perkara ini sebagai sesuatu yang amat positif. Para pembangun perisian dan syarikat berasaskan IT mahupun agensi kerajaan akan melihatnya sebagai peluang untuk mengembangkan lagi inovasi bagi menyasarkan segmen ini dalam menyediakan perkhidmatan yang boleh diakses melalui peranti telefon pintar.
---------------------------------
Kemaskini : 28 Disember 2012
---------------------------------
Kemaskini : 28 Disember 2012
Lanjutan daripada Bajet 2013 - Rebat RM200 Bagi Pembelian Telefon Pintar. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam
kenyataan akhbar bertarikh 27 Disember 2012 telah pun mengesahkan
bahawa rebat RM200 terhadap pembelian telefon pintar akan bermula pada 1
Januari 2013. Sila rujuk halaman web SKMM [Link] untuk maklumat lebih lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan