BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

14 Oktober 2012

F1 - Sebastian Vettel Menang Di Korea

Sebastian Vettel [Link] berjaya meneruskan kecemerlangan dan merampas tempat pertama pungutan mata keseluruhan apabila berjaya memenangi perlumbaan Korean Grand Prix 2012 yang berlangsung di Korean International Circuit. Ini merupakan kemenangan ke 3 berturut-turut sejak perlumbaan di Singapura dan Jepun. Kejayaan beliau melengkapkan kebangkitan pasukan Red Bull yang semakin cemerlang sejak pertengahan musim.

[Link]

Dengan kemenangan ini, Sebastian Vettel berjaya memintas Fernando Alonso pada pungutan mata kseluruhan kategori pemandu dengan 215 mata iaitu berkelebihan 6 mata berbanding Fernando Alonso di tempat kedua serta mengukuhkan cengkaman pasukan Red Bull untuk kategori pasukan.

Walaupun Sebastian Vettel semakin cemerlang, Fernando Alonso masih berjaya meminimumkan kesan kerosakkan dengan meraih kedudukan podium ke 3 dibelakang Mark Webber. Kejayaan podium masih lagi meletakkan beliau sebagai pencabar utama kejohanan.



Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan