BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

16 Oktober 2012

Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin - Persiapan Ke Beijing

Sejak 2 minggu yang lepas saya sudah membuat persiapan. Melengkapkan apa yang tiada. Maklumlah perjalanan kali ini cabarannya ialah cuaca. Jadi kelengkapan seperti pakaian dan aksesori berkaitan memang amat dititikberatkan. Sambil melakukan persiapan, saya juga melakukan sedikit pencarian di internet untuk mengetahui sedikit sebanyak mengenai destinasi yang bakal dituju.

Destinasi dan Cuaca


Destinasi yang dituju kali ini ialah Beijing, China. Sekarang ini di Beijing sedang mengalami musim luruh. Saya akan berada di sana bermula pada 17 hingga 21 Oktober 2012. Cuaca pada siang hari dijangka berada pada purata 20 °C manakala pada sebelah malam puratanya adalah 4.4 °C.




Memang sudah cukup sejuk bagi kita yang sudah biasa tinggal di negara yang beriklim tropika lebih-lebih lagi apabila tiba waktu malam. Menurut beberapa orang rakan dan saudara mara yang telah pun ke sana, mereka mencadangkan supaya saya bersedia dengan jaket tebal musim sejuk!

Zon Masa dan Waktu Solat


Ibu negeri China ini terletak di zon masa yang sama dengan negara kita. Jadi tiada sebarang pelarasan waktu diperlukan. Cuma didapati waktu solat di Beijing awal sejam daripada Malaysia.



Makanan Halal


Berdasarkan pencarian di internet adalah sukar untuk mencari makanan halal di Beijing. Sebagai langkah berjaga-jaga, saya akan membawa sedikit bekalan makanan kering untuk menampung keperluan sepanjang berada di sana.

Air China 


Saya akan ke Beijing menaiki pesawat Air China melalui Lapangan Terbang Changi, Singapura. Waktu berlepas ialah  pada jam 12:15 pagi 17 Oktober 2012 dan dijangkan tiba 6 jam kemudian. Namun begitu saya diminta bersedia untuk bertolak ke Singapura seawal jam 8:30 malam.


Bercuti Menulis Blog


Nampaknya selama 5 hari saya akan bercuti daripada berblog. Doakan saya supaya selamat pergi dan selamat pulang. Insyallah saya akan mengemaskini blog sebaik sahaja balik dan setelah hilang letih berjalan. Jika semuanya berjalan mengikut rancangan, ini merupakan pengalaman ke 2 menjejakkan kaki ke negara China. Pada tahun 2008, saya pernah ke Zhuhai [Link] [Link] [Link].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan