BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

04 November 2012

F1 - Abu Dhabi Grand Prix 2012 Live Stream

Disaat persaingan hebat antara kedua pelumba iaitu Sebastian Vettel dan Fernando Alonso menghampiri kemuncak, malang bagi Sebastian Vettel apabila terpaksa bermula dari laluan pit setelah dikecualikan oleh Steward perlumbaan daripada pusingan kelayakkan bagi perlumbaan F1 - Abu Dhabi Grand Prix 2012 semalam. 

Live Stream:  4 November, Jam 9:00 malam [Link]
Rujukan [Link]

Semuanya berpunca daripada kegagalannya membawa semula jentera Red Bull yang dipandunya kembali ke pit sebaik sahaja berakhirnya sesi kelayakkan Q3. Berikutan masalah yang dihadapinya itu secara terang-terangan melanggar artikel 6.6.2 Peraturan Teknikal FIA Formula 1.

Berikut adalah kenyataan rasmi pihak Steward perlumbaan mengenai insiden tersebut:

'The Stewards received a report from the Race Director that car 1 failed to return to the pits under its own power as required under article 6.6.2 of the FIA Formula One Technical Regulations.
'The Stewards heard form the driver and team representatives and studied telemetry evidence that showed the reason why the car was stopped.
'The Stewards accepted the explanation and considered the incident as being a case of force majeure.
'However, a report was received from the Technical Delegate that showed during post-qualifying scrutineering an insufficient quantity of fuel for sampling purposes.
'The Stewards determine that this is a breach of Article 6.6.2 of the FIA Formula One Technical Regulations and the Competitor is accordingly excluded from the results of the Qualifying Session.
'The Competitor is however allowed to start the race from the back of the grid.'

Untuk menambahkan lagi drama pada perlumbaan di Abu Dhabi Grand Prix 2012, pencabar utama Sebastian Vettel iaitu Fernando Alonso juga tidak bermula cemerlang.  Beliau sekadar bermula ditempat ke 6. Namun begitu ini adalah pelung buat Fernando Alonso untuk memaksimumkan situasi dan mendapatkan mata maksimum bagi merapatkan jurang pungutan mata. Satu perlumbaan yang dijangka amat menarik untuk diikuti.

Untuk menonton perlumbaan F1 - Abu Dhabi Grand Prix 2012, Sila klik pautan ini [Link].


Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan