Akhirnya kemenangan yang ditunggu-tunggu buat pasukan Lotus tiba juga. Kimi Raikkonen berjaya menamatkan perlumbaan ditempat pertama pada Abu Dhabi Grand Prix 2012. Perlumbaan yang dipenuhi dengan pelbagai insiden ini juga telah menyelamatkan Sebastian Vettel [Link] daripada kehilangan pungutan mata pada perlumbaan ini. Walaupun bermula daripada laluan pit, Sebastian Vettel telah berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke 3.
[Link]
Sementara itu Fernado Alonso juga mendapat manfaat daripada pelbagai insiden yang berlaku apabila berjaya menduduki tempat ke 2 serta memungut mata berharga bagi merapkan jurang pungutan mata dengan pendahulu keseluruhan kejuaraan kategori pemandu. Alonso kini ketinggalan 10 mata dibelakang Sebastian Vettel yang mengutip 255 mata keseluruhan.
Buat Kimi Raikkonen, kememangan ini adalah kemenangan pertama beliau sejak kembali dari persaraan dan tentunya amat berharga buat pasukan Lotus yang membawa nama Malaysia. Dengan kemenangan ini menunjukkan bahawa beliau masih lagi cukup mantap untuk menjadi pencabar utama pada musim yang akan datang. Terbukti memang tiada Sindrom Schumacher menjangkiti beliau! Tahniah buat Kimi Raikkonen dan pasukan Lotus!
Berikut adalah keputusan penuh perlumbaan Abu Dhabi Grand Prix 2012:
1. Kimi Raikkonen Lotus-Renault 55 laps 1hr 45m 58.667s
2. Fernando Alonso Ferrari-Ferrari +0m 00.8s
3. Jenson Button McLaren-Mercedes +0m 04.1s
4. Sebastian Vettel Red Bull-Renault +0m 07.7s
5. Pastor Maldonado Williams-Renault +0m 13.0s
6. Kamui Kobayashi Sauber-Ferrari +0m 20.0s
7. Felipe Massa Ferrari-Ferrari +0m 22.8s
8. Bruno Senna Williams-Renault +0m 23.5s
9. Paul di Resta Force India-Mercedes +0m 24.1s
10. Daniel Ricciardo Toro Rosso-Ferrari +0m 27.4s
11. Michael Schumacher Mercedes-Mercedes +0m 28.0s
12. Jean-Eric Vergne Toro Rosso-Ferrari +0m 34.9s
13. Heikki Kovalainen Caterham-Renault +0m 47.7s
14. Timo Glock Marussia -Cosworth +0m 56.4s
15. Vitaly Petrov Caterham-Renault +0m 56.7s
16. Pedro de la Rosa HRT-Cosworth +1m 04.5s
17. Sergio Perez o Sauber-Ferrari +1m 11.7s
Rtd Charles Pic Marussia -Cosworth 41 laps completed
Rtd Romain Grosjean Lotus-Renault 37 laps completed
Rtd Mark Webber Red Bull-Renault 37 laps completed
Rtd Lewis Hamilton McLaren-Mercedes 19 laps completed
Rtd Narain Karthikeyan HRT-Cosworth 7 laps completed
Rtd Nico Rosberg Mercedes-Mercedes 7 laps completed
Rtd Nico Hulkenberg Force India-Mercedes 0 laps completed
Fastest lap:
Sebastian Vettel Red Bull-Renault 1m 43.964s lap 54
Tiada ulasan:
Catat Ulasan