BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

02 November 2012

Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin - Beijing #2

Kami berkumpul di lobi hotel tepat jam 8:00 pagi. Aktiviti hari ini ialah melawat Tiananmen Square (Medan Tiananmen) dan Forbidden City (Kota Larangan). Kedua-duanya terletak bersebelahan. Medan Tiananmen merupakan medan terbuka didalam bandar terbesar didunia merangkumi keluasan 40.5 hektar. Antara destinasi wajib apabila melancong ke Beijing. Medan yang telah banyak mewarnai sejarah negara China.

Tiananmen Square (Medan Tiananmen)


Cuaca serta suhu yang selesa pada musim luruh menyebabkan kebanjiran pelancong domestik dan luar negara di semua destinasi yang telah kami lawati dan tidak terkecuali di tempat istimewa seperti di Medan Tiananmen.

Tiananmen Square (Medan Tiananmen)
Tiananmen Square (Medan Tiananmen)


Kami tiba di Medan Tiananmen sekitar jam 10:00 pagi. Terus dibawa berjalan merentasinya. Berada disekitarnya untuk mengambil gambar dan melihat ragam manusia. Lebih kurang 30 minit masa yang diperuntukkan disitu.





Pada setiap 1 Oktober adalah sambutan Hari Kebangsaan Negara China. Jadi hiasan serta dekorasi disekitar medan tersebut masih lagi berada dalam mood kemerdekaan. Untuk maklumat, Cuti umum sempena Hari Kebangsaan adalah selama 1 minggu! Melawat negara China pada awal bulan Oktober adalah tidak digalakkan.


Tiananmen Square (Medan Tiananmen)
Tiananmen Square (Medan Tiananmen)


Selesai sesi bergambar berkumpulan, kami meneruskan perjalanan ke Forbidden City (Kota Larangan) yang terletak disebarang jalan.


Forbidden City (Kota Larangan)


Merupakan Kompleks Istana Diraja yang merangkumi ratusan bangunan didalamnya dan mempunyai  9,999 buah bilik. Menjadi kediaman rasmi Maharaja yang memerintah negara China daripada tahun 1421 sehingga ke Maharaja terakhir pada tahun 1911. Tiada rakyat atau orang asing yang dibenarkan untuk memasukinya tanpa kebenaran khas. Kini kompleks ini telah dijadikan muzium umum dan disenaraikan didalam UNESCO World Heritage list.


Forbidden City (Kota Larangan)
Forbidden City (Kota Larangan)


Menjejakkan kaki ke dalam Kota Larangan seolah-olah berada didalam filem The Last Emperor [Link]. Memang betul-betul luas kompleks ini. Memperuntukkan masa sehari disini pun belum tentu dapat menghabiskan kesemuanya.


Forbidden City (Kota Larangan)
Forbidden City (Kota Larangan)


Kami hanya pergi ke tempat yang disarankan sahaja. Lebih kurang 3 jam juga kami disana. Walaupun cuma 3 jam, sudah cukup meletihkan kaki dan badan. Mujur cuaca di musim luruh sentiasa menyegarkan dan membuat badan tidak berpeluh.

Silk Market (Xiu Hui)


Selepas makan tengahari, kami dibawa ke destinasi membeli belah. Kali ini kami ke Silk Market (Xiu Hui). Bermacam-macam jenis barangan boleh didapati disini. Memandangkan musim sejuk hampir tiba, barangan yang berkaitan dengannya memang banyak dijual. Barangan yang dijual disini kebanyakannya tiada mempunyai tanda harga. Pembeli perlu bertanya dahulu dan kemudiannya diteruskan dengan proses tawar menawar. Bergantung kepada taktik, kecekapan individu serta nasib dalam melakukan tawar menawar, pembeli berkemungkinan akan mendapat barangan yang dihajati pada kos 1/5 daripada harga yang ditawarkan oleh peniaga! Memang sepatutnya ianya boleh dibeli pada harga tersebut memandangkan kebanyakan barangan yang dijual adalah barangan tiruan!

National Grand Theatre


Selepas makan malam, kami dibawa ke sekitar bandaraya Beijing untuk melihat bangunan National Grand Theatre dan sekitarnya. Seterusnya kami mengakhiri aktiviti untuk hari itu dengan dibawa menonton persembahan akrobatik di Chaoyang Theatre.

Chaoyang Theatre - Beijing Acrobatic Show


Bermacam-macam aksi yang mendebarkan dipersembahkan kepada penonton. Namun begitu, persembahan kumpulan bermotorsikal ini cukup mencuri tumpuan. Amat menarik dan cukup mendebarkan untuk ditonton.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan