BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

04 November 2012

F1 - Kimi Raikkonen Menang Di Abu Dhabi

Akhirnya kemenangan yang ditunggu-tunggu buat pasukan Lotus tiba juga. Kimi Raikkonen berjaya menamatkan perlumbaan ditempat pertama pada Abu Dhabi Grand Prix 2012. Perlumbaan yang dipenuhi dengan pelbagai insiden ini juga telah menyelamatkan Sebastian Vettel [Link] daripada kehilangan pungutan mata pada perlumbaan ini.  Walaupun bermula daripada laluan pit, Sebastian Vettel telah berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke 3. 

[Link]

Sementara itu Fernado Alonso juga mendapat manfaat daripada pelbagai insiden yang berlaku apabila berjaya menduduki tempat ke 2 serta memungut mata berharga bagi merapkan jurang pungutan mata dengan pendahulu keseluruhan kejuaraan kategori pemandu.  Alonso kini ketinggalan 10 mata dibelakang Sebastian Vettel yang mengutip 255 mata keseluruhan.

Buat Kimi Raikkonen, kememangan ini adalah kemenangan pertama beliau sejak kembali dari persaraan dan tentunya amat berharga buat pasukan Lotus yang membawa nama Malaysia. Dengan kemenangan ini menunjukkan bahawa beliau masih lagi cukup mantap untuk menjadi pencabar utama pada musim yang akan datang. Terbukti memang tiada Sindrom Schumacher menjangkiti beliau!  Tahniah buat Kimi Raikkonen dan pasukan Lotus!

Berikut adalah keputusan penuh perlumbaan Abu Dhabi Grand Prix 2012:

1. Kimi Raikkonen  Lotus-Renault 55 laps 1hr 45m 58.667s
2. Fernando Alonso  Ferrari-Ferrari +0m 00.8s
3. Jenson Button  McLaren-Mercedes +0m 04.1s
4. Sebastian Vettel  Red Bull-Renault +0m 07.7s
5. Pastor Maldonado  Williams-Renault +0m 13.0s
6. Kamui Kobayashi  Sauber-Ferrari +0m 20.0s
7. Felipe Massa  Ferrari-Ferrari +0m 22.8s
8. Bruno Senna  Williams-Renault +0m 23.5s
9. Paul di Resta  Force India-Mercedes +0m 24.1s
10. Daniel Ricciardo  Toro Rosso-Ferrari +0m 27.4s

11. Michael Schumacher  Mercedes-Mercedes +0m 28.0s
12. Jean-Eric Vergne  Toro Rosso-Ferrari +0m 34.9s
13. Heikki Kovalainen  Caterham-Renault +0m 47.7s
14. Timo Glock  Marussia -Cosworth +0m 56.4s
15. Vitaly Petrov  Caterham-Renault +0m 56.7s
16. Pedro de la Rosa  HRT-Cosworth +1m 04.5s
17. Sergio Perez o Sauber-Ferrari +1m 11.7s

Rtd Charles Pic  Marussia -Cosworth 41 laps completed
Rtd Romain Grosjean  Lotus-Renault 37 laps completed
Rtd Mark Webber Red Bull-Renault 37 laps completed
Rtd Lewis Hamilton  McLaren-Mercedes 19 laps completed
Rtd Narain Karthikeyan  HRT-Cosworth 7 laps completed
Rtd Nico Rosberg  Mercedes-Mercedes 7 laps completed
Rtd Nico Hulkenberg  Force India-Mercedes 0 laps completed

Fastest lap:

Sebastian Vettel  Red Bull-Renault 1m 43.964s lap 54



Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan