Cerita Tentang [
Sukan
]

F1 - Lewis Hamilton Menang Di Austin

Tuah perlumbaan di litar baharu ini memihak kepada Lewis Hamilton. Kali terakhir beliau menang ialah pada perlumbaan di Monza dan selepas daripada pelumbaan itu, nasib seolah-olah tidak menyebelahi beliau. Dengan kemenangan ini, Fernando Alonso diberikan talian hayat untuk kembali bersaing merebut kejuaraan kategori pemandu di perlumbaan terakhir yang bakal berlangsung Litar Interlagos, Brazil.

Namun begitu, kemenangan ini tidak dapat menyekat hajat pasukan Red Bull daripada meraikan kejuaraan pengeluar untuk kali ke 3 berturut-turut sejak tahun 2010.

Lewis Hamilton Wins USGP 2012
[Link]

Kemenangan Lewis Hamilton ini sudah dikira agak terlambat kerana beliau masih gagal memintas pelumba yang berada dikedudukan ke 3 dalam senarai pungutuan mata keseluruhan kategori pemandu iaitu Kimi Raikkonen.

Apa pun kesudahannya, kecemerlangan pasukan Red Bull memang tidak dapat dinafikan. Kemenangan ke 3 berturut-turut kategori pengeluar membuktikan bahawa jentera [Link] dan pasukan mereka adalah yang terbaik. Kemenangan bagi kategori pemandu bakal melengkapkan musim cemerlang buat pasukan ini.

Berikut adalah keputusan penuh perlumbaan United States Grand Prix 2012:

1. Lewis Hamilton  McLaren-Mercedes 1hr 35m 55.269s
2. Sebastian Vettel  Red Bull-Renault +0m 00.6s
3. Fernando Alonso  Ferrari-Ferrari +0m 39.2s
4. Felipe Massa Ferrari-Ferrari +0m 46.0s
5. Jenson Button  McLaren-Mercedes +0m 56.4s
6. Kimi Raikkonen  Lotus-Renault +1m 04.4s
7. Romain Grosjean  Lotus-Renault +1m 10.3s
8. Nico Hulkenberg  Force India-Mercedes +1m 13.7s
9. Pastor Maldonado  Williams-Renault +1m 14.5s
10. Bruno Senna Williams-Renault +1m 15.1s

11. Sergio Perez  Sauber-Ferrari +1m 24.3s
12. Daniel Ricciardo  Toro Rosso-Ferrari +1m 24.8s
13. Nico Rosberg  Mercedes-Mercedes +1m 15.5s
14. Kamui Kobayashi  Sauber-Ferrari +1 lap
15. Paul di Resta  Force India-Mercedes +1 lap
16. Michael Schumacher  Mercedes-Mercedes +1 lap
17. Vitaly Petrov  Caterham-Renault +1 lap
18. Heikki Kovalainen  Caterham-Renault +1 lap
19. Timo Glock  Marussia -Cosworth +1 lap
20. Charles Pic  Marussia -Cosworth +2 laps
21. Pedro de la Rosa HRT-Cosworth +2 laps
22. Narain Karthikeyan HRT-Cosworth +2 laps

Rtd Mark Webber  Red Bull-Renault 16 laps completed
Rtd Jean-Eric Vergne  Toro Rosso-Ferrari 14 laps completed


Fastest lap:

Sebastian Vettel  Red Bull-Renault 1m 39.347s lap 56



Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment