Sempena cuti Maulidur Rasul [Link] hari ini, saya sekeluarga mengambil kesempatan untuk melawat seorang rakan sekerja yang telah dimasukkan ke hospital.
Beliau mengalami kecederaan ketika bermain badminton dan disahkan oleh doktor mengalami kecederaan ligemen lutut. Alhamdulillah beliau telah selamat menjalani pembedahan untuk menyambung semula ligemen yang putus.
Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai kecederaan tersebut tetapi sekadar peringatan kepada diri sendiri, bila usia semakin meningkat semakin banyak pantang larang dalam bersukan yang perlu kita patuhi.
Maklumlah keadaan fisiologi tubuh tidak sebaik ketika berumur 20an [Link]. Sukan untuk yang sudah berusia terutamanya diakhir 30an dan awal 40an adalah sekadar untuk beriadah dan mengeluarkan peluh.
Kepada rakan saya, semoga tenang dalam menghadapi dugaan ini. Rajin-rajinlah menjalani fisioterapi. Semoga cepat sembuh. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan