Saya bukan setakat percaya bahawa perkara positif boleh berjangkit [Link] malah saya percaya bahawa perkara yang bersifat negatif juga boleh berjangkit.
Langkah pertama dalam melakukan sesuatu perkara adalah yang paling kritikal dan akan mencorak perspektif serta tindakan pada masa hadapan. Jika bermula positif, In Shaa Allah semuanya akan berada dilandasan yang betul. Begitu juga sebaliknya.
Langkah pertama dalam melakukan sesuatu perkara adalah yang paling kritikal dan akan mencorak perspektif serta tindakan pada masa hadapan. Jika bermula positif, In Shaa Allah semuanya akan berada dilandasan yang betul. Begitu juga sebaliknya.
Perkara Negatif Berselindung Disebalik Aktiviti Positif
Kadang-kadang memang sukar untuk mengesan sesuatu perkara yang kita sertai itu bersifat negatif atau positif kerana kita hanya diberikan info positif atau bersifat neutral mengenainya. Lebih-lebih lagi apabila pihak yang menyampaikannya telah berjaya menyakinkan kita.
Berfikir Sejenak
Jika aktiviti yang kita lakukan itu akan menjurus kepada berlakunya perkara negatif yang lain dan menjurus kepada perkara yang sedikit demi sedikit menghakis nila-nilai moral tanpa merasa bersalah. Maka sudah sampai masa untuk kita berhenti sejenak dan memikirkan semula tentang aktiviti yang kita lakukan itu.
Soalan Kepada Diri Sendiri
Adakah ini jalan yang kita pilih? Bolehkah kita tidur lena setiap malam? Ketenangan jiwa? Adakah ianya berbaloi untuk diteruskan? Jika jawapannya ialah TIDAK, maka perkara yang BETUL untuk dilakukan ialah meninggakan aktiviti tersebut walaupun pulangannya cukup hebat!
Pada saya, tiada apa yang lebih berharga daripada ketenangan jiwa dan tidur lena dimalam hari!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan