Semangat berblog sudah hampir kembali ke tahap normal. Namun begitu cuti yang bakal tiba esok dijangka akan menggangu sedikit rentaknya [Link].
Nampaknya memang perlu melakukan sesuatu untuk mengelakkan "mood" dan semangat berblog daripada terus jatuh merudum akibat daripada cuti yang agak kerap ini!
Nampaknya memang perlu melakukan sesuatu untuk mengelakkan "mood" dan semangat berblog daripada terus jatuh merudum akibat daripada cuti yang agak kerap ini!
Walaupun saya berada jauh di selatan tanah air, saya akan bercuti esok sempena Hari Wilayah Persekutuan yang jatuh pada 1 Februari setiap tahun.
Yang menariknya setiap kali ada cuti sebegini, saya boleh memanfaatkannya untuk berurusan dengan bank atau pelbagai agensi kerajaan memandangkan di Johor adalah hari bekerja. Cuma tidak bolehlah hendak berjalan jauh sebab anak-anak bersekolah.
Kepada yang bercuti esok, saya ucapkan selamat bercuti. Kalau dicampur dengan cuti hujung minggu yang bakal tiba berturutan memang berbaloi digunakan untuk berehat secukupnya! Alhamdulillah :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan