BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

01 Januari 2013

Misi Memetik Buah Duku!

Selesai menghadiri  Karnival Upin & Ipin [Link], kami terus pulang ke rumah. Sebaik sahaja selesai makan malam dan berehat secukupnya, kami meneruskan perjalanan balik ke kampung. 

Semasa kami balik tempohari [Link], buah duku di kebun masih belum cukup ranum. Kali ini memang sedang elok. Cukup ranum untuk dipetik! Dengan bantuan adik yang dipaksa untuk memanjatnya, sekejap sahaja dapat memenuhkan sebuah kereta tolak!



Buah Duku
Buah Duku


Hari itu misi utamanya ialah memetik buah duku. Namun begitu buah pulasan masih lagi berbaki. Jadi kami petik kedua-duanya. Memang cukup lebat buah dari pokok pulasan tersebut sehingga Abah sempat menjual sebahagiannya di kedai.



Aktiviti Di Kebun Buah-buahan



Cuaca cukup baik pada hari itu. Alang-alang sudah berada di kebun, kami petik sebanyak mana yang boleh sambil membersihkan pokok-pokok tersebut. Maklumlah ketika di kebun tempohari [Link], tidak dapat melakukannya kerana hujan.



Buah Pulasan
Buah Pulasan


Cuma bila berada di kebun memang kena tahanlah dengan gigitan serangga seperti kerengga, semut dan nyamuk. Digigit serangga ketika berada di kebun itu biasa! :D


Nyamuk - Digigit serangga ketika di kebun itu biasa!
Nyamuk - Digigit ketika di kebun itu biasa!


Alhamdulillah, memang puas hati dengan hasil keseluruhannya. Cukup banyak! Bila dibawa balik ke bandar,  bolehlah diagih-agihkan pada jiran tetangga untuk dinikmati bersama.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan