BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

Memaparkan catatan dengan label Musim Buah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Musim Buah. Papar semua catatan

16 September 2014

September 16, 2014

Kisah Pohon Duku

Cuti sekolah datang lagi. Kebetulan pula kali ini Pohon Duku di kebun sedang berbuah dengan lebatnya manakala rambutan dan pulasan sudah tinggal sisa-sisa. Kami ambil peluang ini untuk pulang ke kampung.


Pohon Duku - Sedang lebat berbuah!
Pohon Duku - Sedang lebat berbuah!


Kali terakhir pulang ke kampung adalah pada Hari Raya Aidilfitri yang lepas. Pada masa itu pokok ini sedang berbunga dan berputik.


Buah Duku
Buah Duku


Alhamdulillah, hasilnya memang tidak pernah mengecewakan sejak beberapa tahun yang lepas. [Link]



Bukan Senang Untuk Mengait Buah Duku
Abah sedang tekun mengait Buah Duku!


Walaupun ia hanyalah sebatang Pohon Duku, ia telah banyak meninggalkan kenangan. Saya menanamnya bersama-sama Abah ketika baharu berpindah ke sini kira-kira 27 tahun yang lalu.


Buah Duku - Hampir penuh kereta tolak!
Boleh tahan hasilnya walaupun sekejap!


Walaupun saya kadang-kadang culas ketika disuruh oleh Abah untuk menyiram dan membajanya, pohon ini tidak pernah culas untuk mengeluarkan hasilnya.


Buah Duku - Memang Sah Manis!
Menang Sah - Manis!

Siapa sangka hasilnya kini dapat dinikmati oleh menantu serta cucu-cucunya pula.. Inshaa Allah, tahun hadapan pohon ini bakal berbuah dengan lebih lebat lagi..


01 Januari 2013

Januari 01, 2013

Misi Memetik Buah Duku!

Selesai menghadiri  Karnival Upin & Ipin [Link], kami terus pulang ke rumah. Sebaik sahaja selesai makan malam dan berehat secukupnya, kami meneruskan perjalanan balik ke kampung. 

Semasa kami balik tempohari [Link], buah duku di kebun masih belum cukup ranum. Kali ini memang sedang elok. Cukup ranum untuk dipetik! Dengan bantuan adik yang dipaksa untuk memanjatnya, sekejap sahaja dapat memenuhkan sebuah kereta tolak!



Buah Duku
Buah Duku


Hari itu misi utamanya ialah memetik buah duku. Namun begitu buah pulasan masih lagi berbaki. Jadi kami petik kedua-duanya. Memang cukup lebat buah dari pokok pulasan tersebut sehingga Abah sempat menjual sebahagiannya di kedai.



Aktiviti Di Kebun Buah-buahan



Cuaca cukup baik pada hari itu. Alang-alang sudah berada di kebun, kami petik sebanyak mana yang boleh sambil membersihkan pokok-pokok tersebut. Maklumlah ketika di kebun tempohari [Link], tidak dapat melakukannya kerana hujan.



Buah Pulasan
Buah Pulasan


Cuma bila berada di kebun memang kena tahanlah dengan gigitan serangga seperti kerengga, semut dan nyamuk. Digigit serangga ketika berada di kebun itu biasa! :D


Nyamuk - Digigit serangga ketika di kebun itu biasa!
Nyamuk - Digigit ketika di kebun itu biasa!


Alhamdulillah, memang puas hati dengan hasil keseluruhannya. Cukup banyak! Bila dibawa balik ke bandar,  bolehlah diagih-agihkan pada jiran tetangga untuk dinikmati bersama.


16 Disember 2012

Disember 16, 2012

Kalau Mahu Makan Kena Pulas Dahulu! #2

Buah Pulasan Ranum Di Pokok
Pohon pulasan yang berada di kebun belakang rumah Abah di kampung memang tidak pernah mengecewakan. Tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya ia berbuah lebat.

Seronok bila Abah memberitahu bahawa menjelang minggu hadapan (minggu ini) buah pulasan itu akan cukup ranum untuk dipetik. 

03 September 2011

September 03, 2011

Pokok Pulasan Ini Tidak Pernah Mengecewakan

Alhamdulillah sejak beberapa tahun yang lepas, pokok pulasan ini tidak pernah mengecewakan. Hasilnya juga cukup konsisten. 

Keseronokkan berhari raya dimeriahkan lagi dengan aktiviti memetik buah pulasan yang sedang meranum di belakang rumah Abah di kampung. 


Nampaknya tahun ini hanya pulasan sahaja yang benar-benar menjadi. Pokok buah-buahan yang lain hasilnya kurang memberangsangakan.

10 Ogos 2010

Ogos 10, 2010

Kalau Mahu Makan Kena Pulas Dahulu!

Hujung minggu yang sangat membuahkan hasil! Balik ke kampung dan memetik buah dan itulah yang dikatakan sangat membuahkan hasil. Tahun ini pokok pulasan yang hanya ada sebatang itu berbuah dengan lebatnya. Alhamdulillah!

Memang meriah tahun ini sebab semua pokok buah-buahan di kampung berbuah. Pembuka tirai tempohari dimulakan oleh durian. Memang pengalaman yang menarik terutamanya buat anak-anak.



Nurin Iman dan Nurin Amani sangat sukakan buah-buahan terutamanya pulasan. Buah yang dipulas untuk mengeluarkan isinya tu..

Kali ini kami berjaya menunjukan pada mereka bentuk fizikal buah tersebut kerana sebelum ini kami hanya mampu bercerita mengenainya sahaja. Yang pastinya mereka keliru antara pulasan dan rambutan kerana rasanya hampir sama. Walaupun telah diberitahu, Adik tetap memanggilnya rambutan!