Cerita Tentang [
Nurin Iman
]

Aktiviti Sebenar Sebelum "Keletihan Melampau" Tempohari

Ramai juga yang tertanya-tanya dan membuat spekulasi sendiri tentang aktiviti apakah yang menyebabkan Nurin Amani tertidur di dalam troli tempohari. "Keletihan Melampau - Wordless Wednesday #71" [Link]. 

Sebenarnya pada hari tersebut, kami ke Plaza Angsana untuk ke kedai buku dan membeli telekung untuk kedua-dua anak kami. Maklumlah telekung yang digunakan sekarang oleh Nurin Iman sudah tidak lagi sesuai digunakan kerana sudah singkat. 




Untuk Nurin Amani pula, inilah telekung pertamanya. Telekung yang digunakan sekarang adalah milik kakaknya dahulu. Biasalah anak kedua, selalu dapat barang "2nd hand" [Link]. Telekung tersebut juga perlu diganti kerana sudah singkat!  

Corak "Angry Bird" Pada Telekung? 


Dalam masa memilih telekung untuk kedua-duanya, saya terperasan corak yang agak ganjil untuk diletakkan pada telekung. Bila diamati betul-betul, baru kami perasan bahawa corak tersebut adalah gambar watak "Angry Bird"!


Corak "Angry Bird" pada telekung? Biar betul!

Corak "Angry Bird" pada telekung? Biar betul! Apa pun tujuannya, kami pasti bahawa tujuannya baik iaitu menggalakkan anak-anak supaya bersolat! Cuma kami berpendapat kaedah ini tentunya boleh mengelirukan anak-anak dan tidak sesuai langsung!

Selepas membeli telekung, kami ke kedai buku untuk mencari buku latihan dan bahan bacaan tambahan untuk mereka. Keluar dari kedai buku jam sudah menunjukkan jam 6 petang. Sudah sampai masa untuk makan malam. Kami ambil keputusan untuk makan malam di medan selera, Plaza Angsana. 

Dalam perjalanan pulang kami singgah pula ke Kip Mart Tampoi untuk membeli stok barangan dapur. Anak-anak bila sudah makan malam, ditambah pula penghawa dingin didalam kereta membuatkan mereka mengantuk walaupun jarak perjalanan tidak sampai pun 5km!


Keletihan Melampau..


Jadi sebaik sahaja sampai di Kip Mart, Nurin Amani sudah tidak larat hendak membuka mata. Tiada aktiviti yang memenatkan sangat pun sebenarnya. Cuma sudah sampai waktu tidurnya barangkali...



Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang pengurusan kewangan. Bercita-cita untuk mencari jalan bagi menjadikan teknologi terkini sebagai mampu milik. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Asalnya blog ini dibina untuk merekodkan segala perkembangan anak sulung saya, Nurin Iman. Namun begitu sesuai dengan tuntutan masa ia telah berkembang sebagai pelantar peribadi untuk meluahkan pendapat serta berkongsi buah fikiran. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

Share |
:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

Post a Comment