Hajat hati hendak gunakan sepenuhnya cuti sempena Tahun Baru Cina ini untuk kembali berlari.
Namun begitu faktor cuaca yang tidak berapa mengizinkan merencatkan sedikit rancangan tersebut. Alhamdulillah di hari terakhir cuti, cuaca disebelah pagi amat bagus sekali. Tentunya peluang ini tidak patut untuk dilepaskan.

Hutan Bandar MPJBT
Kami sekeluarga menuju ke Hutan Bandar MPJBT [Link]. Kalau tidak dapat berlari pun tidak mengapa asalkan dapat beriadah seisi keluarga. Lagipun setelah sekian lama tidak aktif, untuk memulakannya semula tidak boleh tergesa-gesa. Semuanya perlu dilakukan dengan rentak yang perlahan. In Shaa Allah, selepas beberapa ketika nanti semuanya boleh kembali ke rentak asal.
Kasut Rosak
Semuanya terganggu akibat kasut sukan yang saya gunakan rosak sejak bulan puasa tahun lepas. Proses untuk menggantikannya [Link] kerap tertangguh menyebabkan aktiviti tersebut terpaksa dilupakan buat seketika. Lama sangat ditangguhkan sehingga masuk tahun 2013!
Puma Faas 250
Alhamdulillah, kasut yang rosak sudah diganti tempohari. Puma Faas 250 [Link] menjadi motivasi untuk tahun 2013. Kini tiada lagi alasan untuk aktif semula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan