F1 - Sebastian Vettel Juara Dunia Formula 1 Musim 2013

F1 - Sebastian Vettel Juara Dunia Formula 1 Musim 2013
Benarlah ramalan kebanyakkan peminat Formula 1, dominasi pelumba ini memang tidak dapat disangkal lagi.

Semalam beliau telah dinobatkan sebagai Juara Dunia Formula 1 (F1) bagi musim 2013 sebaik sahaja menjuarai perlumbaan Indian Grand Prix 2013.

Ini merupakan kejuaraan kali ke 4 Sebastian Vettel bersama pasukan Red Bull Racing. Pada usia 26 tahun beliau sekali lagi mencipta rekod sebagai pelumba termuda [Link] yang berjaya melakukannya sebanyak 4 kali.


ESPN F1 - [Link]


Selain itu, dengan kemenangan ini secara tidak langsung meletakkan Pengarah Teknikal bagi pasukan Red Bull RacingAdrian Newey [Link] sebagai personaliti hebat disebalik tabir sukan Formula 1 (F1). Gandingan sempurna antara pelumba dan jentera RB9 [Link] rekaan beliau telah membentuk kuasa dominasi serta gandingan juara!

Kemenangan ke 4 ini telah meletakkan nama Sebastian Vettel berada sebaris dengan "The Professor", Alain Prost! Dalam usia yang masih muda, adalah tidak mustahil untuk beliau menyamai atau memadam rekod yang dipegang oleh Juan Manuel Fangio dan Michael Schumacher.

Namun begitu sebagai peminat sukan Formula 1 (F1), saya tentunya lebih teruja jika beliau melakukannya bersama pasukan lain. Sudah sampai masa untuk beliau mencari cabaran baharu.. McLaren atau Ferrari barangkali?


0 comments:

Copyright © 2017 BEAM™