Muzium Tokoh - Kenali Kesultanan Melayu Johor

Satu lagi muzium yang kami kunjungi ketika cuti persekolahan kali ini ialah Muzium Tokoh. Bangunan muzium ini dikenali sebagai Bangunan Dato' Jaafar terletak di puncak Bukit Senyum, (Jalan Yahya Al-Dattar) Johor Bahru.



Bangunan Dato' Jaafar - Muzium Tokoh Johor Bahru
Bangunan Dato' Jaafar - Muzium Tokoh


Bangunan Dato' Jaafar



Asalnya bangunan ini adalah kediaman rasmi menteri besar pertama Johor iaitu Dato' Jaafar Muhammad. Fungsi bangunan ini berubah mengikut peredaran zaman.




Bangunan Dato' Jaafar - Muzium Tokoh Johor Bahru
Muzium Tokoh - Landskap Mini YangMenarik



Pernah juga dijadikan Maktab Perguruan Bahasa, markas tentera Jepun dan Inggeris, Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Akhirnya bangunan ini diserahkan kepada Yayasan Warisan Johor untuk dijadikan Muzium Tokoh.



Bangunan Dato' Jaafar - Muzium Tokoh Johor Bahru
Muzium Tokoh - Bahagian Dalaman 


Muzium Tokoh - Kenali Kesultanan Melayu Johor



Kunjungan ke Muzium Tokoh adalah untuk mengenali dengan lebih dekat lagi tentang sejarah Negeri Johor secara am serta sejarah Kesultanan Melayu Johor secara khasnya.



Bangunan Dato' Jaafar - Muzium Tokoh Johor Bahru
Muzium Tokoh - Kenali Kesultanan Johor


Maklumat mengenai sejarah Kesultanan Melayu Johor telah digarap dengan baik melalui props serta bahan pameran yang berkaitan oleh pihak pengurusan muzium.


Bangunan Dato' Jaafar - Muzium Tokoh Johor Bahru
Muzium Tokoh - Aktiviti Bersama Rakyat


Segala aktiviti penting yang melibatkan Kesultanan Melayu Johor dan rakyat di Negeri Johor telah didokumentasikan dan di ceritakan semula kepada pengunjung didalam bentuk pameran seperti Kembara Mahkota Johor.



Muzium Tokoh - Kenali Kesultanan Johor
Muzium Tokoh - Kenali Kesultanan Johor


Alhamdulillah kunjungan ke Muzium Tokoh telah sedikit sebanyak membantu mengenali dengan lebih dekat lagi tentang Kesultanan Melayu Johor serta menambahkan lagi kefahaman tentang sesetengah perkara. 

Masuk adalah PERCUMA. Sebaik-baiknya sila datang sebelum jam 4:30 petang.



7 comments:

  1. Saya dulu lama belajar di Johor tapi tak berkesempatan nak melawat.
    Johor antara kesultanan Melayu yang lama di Tanah Melayu.
    Asalnya pun sebenarnya dari sebenrang kan. Ini yang belajar sejarah dulu.
    Bagus nie.
    Kenali sejarah kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muzium ini pun baru dibuka kepada umum. Kalau ke JB tak & singgah rugi la :)

      Delete
  2. menarik
    kalau ke JB nanti boleh singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) Mesti singgah. Jangan lupa tau!

      Delete
  3. Boleh sy dptkn cntact no admin muzium ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba hubungi pihak pengurusan Yayasan Warisan Johor - Bahagian Pemuziuman di talian 07-2245488.

      Delete
  4. Salam sejahtera En Anif...kini Muzium Tokoh Johor mempunyai bahan pameran serta koleksi-koleksi yang baru.Bolehlah En. Anif berkunjung ke muzium sekali lagi dan boleh mendapatkan info yang lengkap berkenaan bangunan muzium ini terus daripada pihak Muzium Tokoh Johor di talian 072228802 atau layari page like fb 'Muzium Tokoh Johor'. Harap maklum.

    ReplyDelete

Copyright © 2017 BEAM™