Cerita Tentang [
Kesihatan
]

Program Saringan Kesihatan PERKESO - Negatif Itu Bagus!

Baru-baru ini saya telah menjalani Program Saringan Kesihatan PERKESO. Baucar yang diterima pada awal tahun 2014 telah saya gunakan pada akhir 2014 sebelum tarikh luputnya. 


Contoh Baucar - Program Saringan Kesihatan PERKESO
Contoh Baucar - Program Saringan Kesihatan PERKESO



Alhamdullah, keputusan ujian darah telah menunjukkan bahawa semuanya dalam keadaan yang memuaskan. Tiada tanda-tanda penyakit kritikal yang dikesan. Namun begitu ini bukanlah tiket untuk saya mengabaikan kesihatan diri. Pemantauan tahap kesihatan perlu dilakukan berkala dari masa ke semasa.


Negatif Itu Bagus!


Selalunya kita digalakkan untuk berfikiran, bersikap positif dan menyukai perkara-perkara yang positif. Namun begitu didalam hal yang melibatkan ujian darah, keputusan positif bukanlah sesuatu yang mengembirakan. Sebaliknya keputusan negatif adalah berita baik!



Program Saringan Kesihatan PERKESO Dilanjutkan


Pihak PERKESO secara rasminya telah mengumumkan bahawa pemegang baucar Program Saringan Kesihatan PERKESO bagi tahun 2013 dan 2014 yang belum menggunakannya lagi masih boleh menggunakan baucar tersebut pada tahun 2015. [Link]



:) :( ;) :D :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) #:-S :(( :)) =)) :-B :-c :)] ~X( :-h I-) =D7 @-) :-w 7:P 2):) :!! \m/ :-q :-bd ^#(^

4 comments

  1. memang bagus perkusi bagi baucar utk jalani saringan kesihatan..Tp masih ramai yg tak gunakan baucer tersebut pasal takut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Patutnya bila sudah dapat baucar ni, cepat-cepatlah jumpa Doktor.

      Nampak sangat masih ramai yang tidak menggunakannya sehinggakan PERKESO terpaksa melanjutkan tempoh sah laku baucar tersebut.

      Delete
  2. Macam mana nak dapat baucar tu bro hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar.. Tunggu umur masuk 40. PERKESO akan hantar baucar pada majikan. :)

      Delete