Perkara Positif Boleh Berjangkit

Alhamdulillah, sepanjang minggu lepas boleh diibaratkan sebagai minggu rezeki buat saya agaknya. Entah tidak semena-mena ramai yang sudi membelanja saya makan! 

Rezeki


Bermula dengan satu panggilan ringkas daripada seorang rakan sepejabat yang bertanyakan tentang menu McDonalds [Link] yang mana satu menjadi pilihan untuk makan tengahari dan akhirnya hidangan McValue Big Mac menjadi menu makan tengahari saya. 



Perkara Positif Boleh Berjangkit! - Jom Belanja Kawan-kawan Makan!
Perkara Positif Boleh Berjangkit! - Jom Belanja Kawan-kawan Makan!


Manakala disebelah petangnya pula seorang rakan lama [Link] mengajak saya makan mee rebus [Link] di sebelah bangunan tempat saya bekerja.

Perkara Positif Boleh Berjangkit! - Jom Belanja Kawan-kawan Makan Lagi!


Saya ingatkan hanya hari itu sahaja hari bertuah saya. Rupa-rupanya keesokan harinya ianya bersambung lagi apabila seorang rakan yang lain telah membelanja saya makan tengahari berupa hidangan nasi goreng ayam penyet [Link]. Alhamdulillah memang betul-betul rezeki. Maklumlahlah dibelanja makan 2 hari berturut-turut!

Perkara Positif Boleh Berjangkit


Memandangkan sudah 2 hari berturut-turut saya dibelanja makan, sebagai penutup minggu di hari Jumaat yang mulia terbuka hati saya untuk membelanja rakan-rakan yang lain pula! Perkara positif sememangnya boleh berjangkit!



0 comments:

Copyright © 2017 BEAM™