BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

02 April 2018

Proton Wira Popular Di Kalangan Pencuri

Harga Alat Ganti Terpakai, Second Hand, Half Cut Bagi Proton Wira
Kredit: The Star Online

Bagi yang masih lagi menggunakan dan memiliki Proton Wira, berhati-hatilah. Walaupun kenderaan ini sudah semakin berusia, ia masih lagi popular dikalangan pengguna di Malaysia.

Memandangkan alat gantinya semakin sukar diperolehi ianya menjadi perhatian pencuri untuk mendapatkan alat gantinya. Berdasarkan laporan akhbar The Star, sebanyak 654 buah kenderaan ini dilaporkan telah dicuri pada tahun 2017.

Untuk rekod, sepanjang 16 tahun pengeluarannya bermula pada tahun 1993 sehingga 2009, sebanyak 952,916 unit Proton Wira telah berjaya dijual dan dianggarkan sebanyak 85 peratus masih lagi digunakan. 

Berdasarkan data statistik tersebut, tidak hairanlah Proton Wira menjadi sasaran pencuri. Jadi bagi yang masih menggunakannya perlu mempertimbangkan untuk meningkatkan tahap keselamatan kenderaan agar tidak mudah dicuri.

No comments:

Post a Comment