BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

19 April 2018

SYM VF3i - Ini Bukan Supercub Tetapi Hypercub!

Belum reda dengan demam "Supercub" berikutan pengenalan model-model terbaharu daripada Yamaha, Honda dan Benelli, Malaysia dikejutkan lagi dengan pengenalan model terbaharu daripada SYM iaitu SYM VF3i.

Nampaknya MForce Bike Holding Sdn. Bhd. benar-benar serius untuk memasuki pasaran dengan pengenalan model terbaharu SYM dan seterusnya bersaing dengan pengeluar-pengeluar lain yang sudah terkenal serta bertapak kukuh di negara ini.


 
SYM VF3i


SYM VF3i - Ini Bukan Supercub Tetapi Hypercub!
SYM VF3i


Yang pastinya, dengan pengenalan SYM VF3i memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna dan menambahkan lagi "pening kepala" dalam membuat pilihan. Berikut adalah spesifikasi ringkas SYM VF3i:


Enjin Sejukkan Cecair, 4-lejang SOHC
Isipadu 183cc
Gerek x lejang 65.3 x 57.8mm
Transmisi 6-kelajuan
Kuasa  13.2kW @ 17.7HP (8500rpm)
Fuel System Suntikan Bahanapi, Emisi Euro 3
Suspensi Hadapan Teleskopic
Suspensi Belakang Monoshock
Brek Hadapan Cakera Tunggal
Brek Belakang Cakera Tunggal
Tayar Hadapan 90/80-17 MT 1.85
Tayar Belakang 120/80-17 MT 3.50
Saiz tangki 7 liter
Minyak Enjin Tiada Maklumat
Berat 128 kg
Harga RM7,988 (Normal)* /  RM8,288 (Special Edition)*
*Harga asas (kilang) tanpa GST, pendaftaran, insurans serta lain-lain kos.



Segmen Baharu - Hypercub!


Memandangkan kapasiti enjinnya sudah melebihi 150cc atau lebih tepat lagi 185cc, adalah sesuai untuk mengelarnya Hypercub! Segmen baharu bagi kategori underbone di negara ini.



Tangki Minyak Lebih Besar


Ini adalah sesuatu yang menarik untuk diperkatakan. Biasanya bagi untuk kategori underbone isipadu tangki minyaknya adalah tidak melebihi 5 liter. Bagi SYM VF3i, tangki minyaknya adalah berkapasiti 7 liter dan menjadikannya underbone yang pertama mempunyai tangki minyak berkapasiti melebih 5 liter. Sesuai untuk digunakan bagi melakukan perjalanan jauh.



Sepatutnya Sudah Ada ABS (Anti-lock Braking System)


Apa pun ceritanya, didalam memperkatakan tentang teknologi dunia dua roda kita tidak boleh lari dari memperkatakan juga soal keselamatan. Jika dilihat daripada angka-angka yang dipersembahkan oleh setiap pengeluar, kesemuanya menunjukkan peningkatan dari segi kuasa. Sepatutnya untuk motosikal yang telah dilabel sebagai "Hypercub", sistem brek ABS (Anti-lock Braking System) perlu dilengkapkan sebagai alatan standard.

Sejujurnya, peminat jentera dua roda di negara ini sebenarnya sedang tertunggu-tunggu pengeluar pertama yang berani memperkenalkan sistem tersebut pada motosikal "Underbone".


Foto kredit : mekanika.com.my

No comments:

Post a Comment