Sudah lama Aku tidak menaiki bas eksres. Rasanya sudah lebih daripada setahun. Dari dahulu kalau hendak ke Seremban dari Johor Bahru atau perjalanan dari Seremban ke Johor Bahru, Aku akan menggunakan perkhidmatan bas ekspres Plusliner. Kalau sudah sah tiada tiket dari Plusliner barulah Aku menggunakan perhidmatan bas ekspres Transnasional.
Plusliner tidak berhenti lama untuk makan dan apabila berhenti bas ini takkan keluar dari lebuh raya Plus. Jadi perjalanan akan menjadi lebih cepat. Berbanding dengan Transnasional yang sudah tentu akan berhenti di Machap - Restoran Maju, walaupun Machap hanya sejam lagi ke Johor Bahru!
Mengapa Aku memilih Plusliner?
Plusliner tidak berhenti lama untuk makan dan apabila berhenti bas ini takkan keluar dari lebuh raya Plus. Jadi perjalanan akan menjadi lebih cepat. Berbanding dengan Transnasional yang sudah tentu akan berhenti di Machap - Restoran Maju, walaupun Machap hanya sejam lagi ke Johor Bahru!
Tiket Plusliner |
Jangan Beli tiket Dengan Ulat!
Sepanjang menggunakan perkidmatan pengangkutan awam Aku memang tidak pernah membeli tiket dari ulat. Memang seboleh-bolehnya akan mengelakkan diri daripada berurusan dengan ulat. Yang pastinya jika membeli dari ulat, harga tentunya cekik darah dan bas juga tentunya tidak akan mengikut jadual.
Rancang Dahulu Perjalanan
Kalau boleh rancanglah perjalanan terlebih dahulu. Penumpang yang selalu terkena ini biasanya memang jenis yang tidak merancang awal perjalanan mereka. Hari itu nak balik kampung baru sibuk hendak mencari tiket. Ulat memang sukakan penumpang jenis ini.. mudah untuk dimanipulasi sebab mereka terdesak!
Update terkini: 29/08/2014
Sekarang lebih mudah kerana Plusliner sudah ada Sistem Pembelian Tiket Secara Dalam Talian (ticket4u). Penumpang boleh membeli tiket bus Plusliner melalui halaman web ini [Link]. Tiket juga sudah naik harga. Kalau dahulu (2008) harganya cuma RM19.80, sekarang sudah RM28.40!
Update terkini: 29/08/2014
Sekarang lebih mudah kerana Plusliner sudah ada Sistem Pembelian Tiket Secara Dalam Talian (ticket4u). Penumpang boleh membeli tiket bus Plusliner melalui halaman web ini [Link]. Tiket juga sudah naik harga. Kalau dahulu (2008) harganya cuma RM19.80, sekarang sudah RM28.40!
Jadual Perjalanan Bas Plusliner Dari Seremban Ke Johor Bahru |
Terminal 1 Lebih Tenang
Daripada pemerhatian, di Terminal 1 ini agak berbeza dengan Terminal Bas Larkin atau Puduraya. Di Terminal 1 boleh di katakan masalah ulat tidak wujud. Kalau di Johor Bahru atau Puduraya sudah tentu sebelum ke kaunter tiket kita sudah kena diasak dengan ulat yang bertanyakan destinasi dan seolah-olah memaksa. Memang merimaskan!
Trademark Terminal One - Muka Bas di Dinding |
Di sini suasananya tenang, semuanya nampak teratur dan terurus. Mungkin inilah perbezaan antara bandar dan bandaraya. Bandaraya memang sentiasa penuh dengan hiruk piruk dan golongan oportunis!
Biar Tiba Awal
Sampai di Terminal 1 lebih kurang pukul 12:30 tengahari. Bas akan bertolak pada pukul 1:30 petang. Aku tiba awal sejam. Aku memang tak suka terkejar-kejar. Biar tiba awal, baru rasa selesa dan tak kelam kabut.
Bas Ke Johor Bahru |
Pakai Tali Pinggang Keledar
Selepas membeli tiket
tempohari baru terperasan yang Aku perlu duduk di kerusi paling hadapan
"FD". Seram juga rasanya. Selalunya ketika Aku membeli tiket bas, Aku
akan minta kerusi dibahagian tengah. Mungkin sebab sudah lama tidak
menaiki bas, terlupa hendak minta kerusi dibahagian tengah. Mujur juga
pada kerusi bahagian hadapan dilengkapi dengan tali pinggang keledar.
Tenteram sedikit rasa hati.
4 Jam Ke Johor Bahru
Perjalanan ke Johor Bahru mengambil masa selama 4 jam. Sepanjang
perjalanan pemandu ini memandu dengan kadar kelajuan yang amat
konsisten.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan