BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

07 Ogos 2008

Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin - Zhuhai & Macau #1

Ini adalah Koleksi Catatan Perjalanan - Masa Untuk Berjalan-Jalan Makan Angin - Zhuhai & Macau #1

Antara "event" yang dinanti-nantikan pada setiap tahun ialah "company trip!"  Tahun ini kami akan ke Macau & Zhuhai, China. Kali terakhir Aku mengikuti company trip ialah pada tahun 2006 ke Bali. Alhamdulillah tahun ini tiada perkara yang menghalang Aku untuk menyertainya. Mengikut jadual yang dikeluarkan oleh pengelola trip ini, kami akan berada di sana selama 4 hari 3 malam. Bertolak ke sana pada 02/08/2008 dan pulang semula pada 05/08/2008.

Hari yang di nanti-nantikan telah tiba, kami akan berangkat ke Macau. Kami di kehendaki untuk berada di Menara MSC Cyberport tepat pukul 4:00 pagi untuk “coach transfer” ke Lapangan Terbang Senai. Aku dan seorang rakan mengambil keputusan untuk tidur di pejabat malam itu. Maklumlah kalau tidur di rumah takut terlajak nanti..

Hari Pertama - Zhuhai


Perjalanan ke Macau mengambil masa lebih kurang 3 jam 45 minit. Sepanjang perjalanan Aku mengambil peluang itu untuk tidur sepuasnya kerana sebaik sahaja tiba di Macau, kami akan segera berangkat ke Zhuhai dan seterusnya memulakan aktiviti melawat di sekitar Bandar Zhuhai.




Hari yang sungguh memenatkan, apabila kami terpaksa melalui dua kali pemeriksaan imigresen, yang pertama oleh Pihak Berkuasa Macau dan yang kedua oleh Pihak Berkuasa China. Kebetulan pula semasa kami ke sana, Sukan Olimpik bakal tiba. 

Pihak Berkuasa China mengawal agak ketat kemasukkan pelancong. Aku telah di tahan seketika di imigresen Zhuhai dan ditanyakan beberapa perkara mengenai tujuan ke Zhuhai. Alhamdulillah setelah berpuashati dengan penerangan yang Aku berikan. Aku di lepaskan. Nasib baik juga Pegawai yang bertugas itu mampu bertutur dalam bahasa Inggeris. Kalau tak tentu susah! Selain dari Aku ada beberapa rakan yang lain juga di tahan dan di periksa 100%. Mujur Aku hanya di tanya beberapa soalan.






Setelah semua ahli kumpulan telah melepasi pemeriksaan imigresen, kami terus di bawa untuk melawat di sekitar Bandar Zhuhai. Antara tempat-tempat menarik yang kami lawati ialah Lovers Road, The Statue of Fishing Girl dan Shin Jin Shan Garden. Semasa di Sin Jin Shan Garden kami berpeluang menaiki kereta kabel. Sangkaan kami kereta kabel tersebut seperti yang ada di Langkawi, rupa-rupanya kereta kabel tersebut ialah dari jenis terbuka seperti yang terdapat di Resort Ski! Seram sejuk badan bila menaikinya.




Kalau untuk naik ke puncak bukit tersebut dah cukup menakutkan, untuk menuruninya juga memerlukan keberanian! Terdapat 3 pilihan untuk turun. Pertama ialah dengan menaiki kereta kabel terbuka tadi. Kedua ialah dengan berjalan turun menuruni anak tangga dan ketiga menggunakan “Tommy Car” atau “Crazy Car”! Kalau option yang di pilih ialah yang ketiga, memang cukup menakutkan! Rasanya seperti menuruni bukit menggunakan gelungsur! 





Selepas semua aktiviti selesai kami terus di bawa menuju ke hotel untuk “check in”. Motel 168 nama tempat penginapan kami. Kedudukannya di pinggir Bandar Zhuhai. Agak jauh dari pusat bandar. Tambang teksi untuk ke Bandar Zhuhai dari hotel lebih kurang 20 yuan iaitu lebih kurang RM10. Setelah selesai urusan “check in” hotel, kami terus bersiap untuk makan malam bersama dengan Group 1 yang telah berada di sana sejak 2 hari yang lepas. Makan malam kami seperti yang kami semua jangkakan dari awal, “Chinese Causine”! Err yang memang bukan “taste” kami yang Melayu ini.


2 ulasan:

  1. err.. kalau company ada trip lagi, org luar boleh join x? ;> ;>

    BalasPadam
  2. Hahaha.. the answer is no dear!

    BalasPadam