BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

04 Januari 2009

Nurin Iman & Sekolah - Part 1

Tahun 2009 ini Nurin Iman akan berusia 5 tahun. Memang dah sesuai untuknya bersekolah. Sebagai bapa, memang agak risau juga kerana tidak pasti tentang pilihan yang terbaik. Private? Kemas? atau Perpaduan?

Perancangan awal ialah hendak mendaftarkan dia ke sekolah tadika private yang berdekatan. Namun begitu, mungkin sudah rezeki kami agaknya, pada bulan November 2008 yang lepas kami telah diberikan borang pendaftaran ke tadika dari seorang jiran. Katanya ada sebuah sekolah tadika yang bakal dibuka berhampiran dengan rumah kami, atau dengan lebih tepat lagi di sebelah balai raya kawasan kejiranan kami. Alhamdulilah!

Dari sehari ke sehari kami memerhatikan balai raya tersebut, tidak nampak sebarang perubahan langsung! Katanya hendak dijadikan sebuah sekolah tadika. Kami pun sudah memberitahu Nurin Iman bahawa dia akan bersekolah di situ, tetapi bayang rupa sekolah pun masih tidak nampak lagi.


Nurin Iman Ke Sekolah!
Nurin Iman Ke Sekolah!



Tiba-tiba terfikir.. Kalau sekolah itu tidak dapat dibuka mengikut jadual, macam mana pula nanti? Sudah tentu yang paling kecewa ialah Nurin Iman. Memang risau juga memikirkannya sebab kami tiada alternatif yang lain! Namun begitu menjelang Disember 2008, baharulah kami terperasan bahawa bangunan bersebelahan balai raya itu sudahpun di “sketch” kan dengan mural. Rupa-rupanya sejak awal November lagi, Cikgu-cikgu dan pembantunya telah menyiapkan susun atur dalaman sekolah itu dahulu dan kemudian baru luarannya :D  

Akhirnya pada 1 Januari 2009 sekolah itu telah pun dibuka dan Nurin Iman telahpun di daftarkan secara rasminya ke sekolah tersebut. Sesi persekolahan bermula 5 hb nanti. Tidak sabar hendak mendengar cerita dari Nurin Iman mengenai hari pertamanya di sekolah.


3 ulasan:

  1. good luck nurin! be a good student. amna buragas skit kat sekolah. tak duduk diam. hihihi...

    BalasPadam
  2. :D Biasalah Ed.. Budak2 mana tau dok diam..

    BalasPadam
  3. selamat ke sekolah nurin iman....!

    BalasPadam