Ingatkan sudah tidak dapat hendak menebus "Italian Cookware Collection" sebab beberapa hari hendak tamat tempoh promosi masih ada beberapa setem yang belum lengkap. Namun sebaik sahaja tarikh tutup kami berjaya mengumpul semua setem untuk penebusan yang paling minimum.
Setelah berjaya melengkapkannya, kami pun segera ke Giant berhampiran untuk menebus barang tersebut tetapi kami hampa selepas diberitahu bahawa barang tersebut tiada dalam stok. Walau bagaimanapun kami diminta untuk meninggalkan butiran peribadi dan nombor telefon. Jika stok barang tersebut telah sampai, pihak Giant akan menghubungi kami untuk menebus barang tersebut.
Bila sudah diberitahu demikian, kami seperti sudah tidak berapa yakin dengan promosi tersebut. Maklumlah sebelum ini kami juga pernah mengalami kes yang lebih kurang sama tetapi di hypermarket lain, tetapi tiada tindakan langsung untuk menghubungi pelanggan walaupun butiran peribadi sudah ditinggalkan.
Seminggu selepas itu Azza mendapat panggilan telefon yang memberitahu barang yang hendak ditebus itu sudah ada di dalam stok mereka. Nampaknya jangkaan kami silap, perkhidmatan pelanggannya memang menjalankan tanggungjawa dengan baik.
Kami segera ke Giant. Selesai menyerahkan setem dan membuat pembayaran, akhirnya kami dapat membawa pulang kuali menggoreng tidak melekat yang comel itu!
23 Mac 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
wah.. mesti lepas ni selalu masak tanpa menggunakan minyak kan?
BalasPadamHaha.. Kalau guna non-stick memang kurang guna minyak!
BalasPadamBagus nie..kurangkan kolestrol....lebih2 lagi kalau wat telur mata cantik jer..
BalasPadamAha.. betul tu!
BalasPadamhmmm ni mesti peminat GIANT ni.....selalu bila dapat stem tu main buang jek selama ni :-P
BalasPadamErr tak juga.. Kami berbelanja barangan dapur dimerata hypermarket. Ikut apa promotion yang ada sebab tu lambat dapat lengkapkan setem tu. Dapat redeem pun yang paling kecik jer.
BalasPadamnak jugak kuali tu tp jarang shoping kt giant..ada la dpt 3 setem jer..
BalasPadamhehe.. Tiga mana cukup.
BalasPadamdolu2 time beli barang dapur kat Giant memang selalu redeem barang2 ni..so macam2 laaa dapatnya...hehehe p laa ni cik abg ku beli ikut main dan jer tak kira tempat dah...hehehe..
BalasPadamHaha, nasib baik Giant contact... Maybe Giant yang En. Anif pergi (di mana?) tu customer servicenya bagus..
BalasPadamSaya juga dah dapat pan tu yang tahap 4 tak silap sebab tebus awal2 lagi.. Cuma kecewa sebab rak buku yang ada offer tiada stok dan mereka cakap jika buat tempahan, masih akan dapat harga offer meskipun pada masa tersebut mungkin telah tamat offer! Tapi lepas beberapa bulan, mereka tak contact pun, kecewa ngan Giant Bandar Kinrara =(
Mana ada offer dan confirm murah baru singgah.
BalasPadamGiant Skudai..
BalasPadam