BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

12 Mac 2010

Lepas SPM.. Part 2

Kejadian ini berlaku ketika di dewan ujian untuk peperiksaan bertulis.. Untuk melayakkan Aku mendapat Lesen Belajar Memandu "L".

Membaca Carta 

Seperti biasa kami di minta seorang demi seorang, untuk membaca carta yang mengandungi aksara untuk menentukan keadaan pengelihatan sebelum dibenarkan masuk ke dewan untuk menduduki ujian bertulis. 




Kami cuma dikehendaki menyebut apa yang ditunjukkan secara rawak sahaja. Tidaklah sesusah mana pun.. bahkan untuk yang rabun pun amat mudah. (dengan syarat kena pakai kaca mata lah), kalau tak tentu semuanya kabur!

Tidak Tahu Membaca

Kemudian tiba giliran seorang yang pemuda yang hampir sebaya dengan Aku. Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan memintanya menyebut huruf yang beliau tunjukkan..

Pegawai: Ini huruf apa?
Pemuda: "A"
Pegawai: Bagus. Yang ini pula?
Pemuda: "B" eh bukan "D" eh..
Pegawai: Kenapa dengan Awak ni? Awak rabun ke?
Pemuda: Tak.. 
Pegawai: Habis tu?
Pemuda: Errr.. Saya tak tahu membaca!
Pegawai: Laaa... macam mana kamu hendak ambil ujian bertulis nih?

Menghafal Jawapan Orang Lain

Rupa-rupanya sejak dari tadi, pemuda tersebut menghafal jawapan yang orang lain berikan. Tapi macam mana nak hafal kalau semuanya ditunjukkan secara rawak?  Kasihan sungguh Aku padanya.

Balik dari menduduki ujian, Aku menceritakan perkara itu pada Abah. Menurut Abah, di zamannya ujian untuk mengambil lesen belajar memandu dijalankan secara temuduga. Oh! Mungkin pemuda tadi diberikan "option" tersebut. Jadi tak perlulah Aku risaukannya :D

Sekarang ujian memandu bertulis sudah tiada lagi, sudah diganti dengan ujian berkomputer. Lebih cepat dan efisien tetapi kalau masih tidak tahu membaca tetap tidak boleh lulus!

Gambar, kredit - http://www.allaboutvision.com/eye-test/

6 ulasan:

  1. ada lagi kes tak reti membaca ni ye? ingatkan dah takde dah.

    BalasPadam
  2. Oh! Itu cerita lama, 19 tahun dahulu. Sekarang ini patutnya tak de lah!

    BalasPadam
  3. hehehehe ingatkan rabun...tak tau membaca rupanya... ;)

    BalasPadam
  4. Tulah.. Saya pun ingatkan tiba-tiba dia ada masalah pengelihatan. Lupa bawak spek dll..

    BalasPadam
  5. brat2104Mac 12, 2010

    hurmm.. sampai sekarang pun masih ramai org yg xtau membaca sebenarnye..

    BalasPadam
  6. Eh ye ke? Kalau Cikgu sendiri yang cakap macam tu.. Betul la kot. Serious ke?

    BalasPadam