Sepanjang minggu ini, keadaan di rumah memang agak bersepah dan kelam kabut kerana bahagian belakang rumah kami sedang diubahsuai. Sudah hampir seminggu kerja-kerja dilakukan dan kini hampir tujuh puluh peratus siap.
Terima kasih tak terhingga buat Abah kerana sudi melaksanakan projek ini. Aku hanya sempat menolongnya untuk dua hari. Hari-hari yang lain dia melakukannya seorang diri. Abah memang cukup bertenaga biarpun usianya sudah melepasi umur orang pencen. Tidak terikut bagi kita yang bekerja di pejabat.
Petang semalam beliau meminta Aku pergi membelikannya pengasah mata gergaji (kikir) di kedai "hardware" berdekatan. Eh! Gergaji pun kena diasah juga matanya. Aku ingatkan hanya pisau atau parang sahaja yang perlu diasah. Tidaklah semahal mana, hanya lima ringgit harga pengasah (kikir) tersebut.
Nampak sangatlah Aku ini jahil ilmu pertukangan tetapi sekarang Aku sudah tahu..
21 Mac 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
blakang gergaji kalau diasah tajam juga...hik3..
BalasPadamHa.. Boleh jadi peribahasa baru tu..
BalasPadamsaya pun tak tau mata gergaji kena asah..jakun jap
BalasPadamdapat award.. amik kat blog saya
BalasPadamTu la kalau tak diberitahu dan ditunjukkan memang tak tahu!
BalasPadamTerima kasih banyak-banyak..
BalasPadamoh!! fisa dh lama tau sebab time kecik2 dulu antara orang yang paling sibuk 'tengok' kerja2 pertukangan jiran sebelah... ;)
BalasPadamOh ye ke.. memang sah Saya tertinggal kapal nih!
BalasPadam