Sebaik sahaja meninggalkan dari Restoran Sedap Corner, kami terus menuju ke Danga Bay. Lebih kurang setengah jam di sana, kami dapati tiada apa yang menarik. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk Bazar JB. Kali terakhir ke sana ialah sekitar Februari 2009 - [Link] Kini, kami kembali lagi!
Pada masa itu memang tidak ramai peniaga berniaga di situ tetapi kini bilangan peniaga sudah semakin bertambah dan keadaan mulai sesak. Bila sudah ramai peniaga dan pengunjung, tempat meletak kenderaan pula menjadi satu masalah besar!
Walaupun bilangan peniaga sudah bertambah, pihak Majlis Badaraya sentiasa mengawas dan menyelia kawasa bazar. Hasilnya peniaga berniaga di kawasan yang teratur dan sentiasa dipantau kebersihannya. Selain itu, kami dapati bahawa pihak Majlis Bandaraya juga telah menyediakan tandas awam, berbeza ketika mula-mula ia diperkenalkan. Jadi masalah tandas awam bukanlah masalah lagi bagi pengunjung dan peniaga di situ.
Seperti biasa, kami lebih berminat dengan barangan lama, terpakai dan antik yang di jual di situ. Nampaknya sekarang ini semakin banyak peniaga yang menjualnya. Cuma masa sahaja yang tidak mengizinkan untuk kami terokai semuanya.
Tetapi apa yang lebih menarik perhatian ialah peniaga yang menjual permainan terpakai. Nampaknya sekarang, bilangan mereka juga telah bertambah sekali ganda.
Sudah pastilah yang paling gembira ialah Nurin Iman dan Nurin Amani. Walaupun sudah diberikan lampu hijau untuk membeli, mereka tidak tahu mana satu yang hendak dipilih! Akhirnya Nurin Iman mendapat apa yang dihajatinya selama ini iaitu "Mini Wardrobe & Bed" untuk barbie dan Nurin Amani mendapat telefon "Sesame Street" dengan harga yang amat berpatutan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan