Isu Aku bersama Maybank berkenaan Kad Kredit telah pun selesai. Setelah beberapa kali mengalami situasi tidak puas hati dan insiden menulis surat aduan ke Pusat Kad Kredit Maybank di Kuala Lumpur. Cerita penuh kesemua insiden terebut boleh dibaca di sini dan di sini :D
Maybank Mengembalikan Semula Hak
Akhirnya Maybank mengembalikan hak Aku semula. Alhamdulillah! Mereka telah mengembalikan kadar "interest" yang dikenakan kepada kadar asal iaitu 13.5% serta menghapuskan segala caj berkaitan dengan pembayaran lewat.
Kerana Satu Insiden
Bukan senang untuk mendapat kadar tersebut. Pelanggan perlu memastikan bahawa bayaran bulanan dibuat pada kadar dan jangka masa yang ditetapkan tanpa gagal iaitu selama 12 bulan berturut-turut. Sedangkan Aku berjaya mengekalkan rekod pembayaran sempurna sejak beberapa tahun yang lalu. Tiba-tiba kerana satu insiden, semua berubah menjadi kadar "interest" maksimum! Siapa yang tidak geram?
Mensyariahkan Kad Kredit
Itu semua cerita sebulan yang lalu. Kini segala-galanya telah selesai. Terima kasih Maybank kerana perihatin. Cuma hasrat untuk mensyariahkan bahagian kad kredit ini masih belum terlaksana. Sedang mencari pakej yang sesuai..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan