Sejak dari minggu lepas motorsikal ini sudah memberikan tanda-tanda yang ia tidak gembira. Bermula dengan lampu hadapan menjadi kurang terang, kehilangan kuasa secara tiba-tiba dan kemudiannya bunyi hon menjadi perlahan.
Itu sebenarnya tanda-tanda awal bahawa bateri sudah tidak berapa elok. Oleh kerana motorsikal Jaguh ini tidak dilengkapi dengan penghidup tendang, perkara yang berkaitan denga bateri perlu dipandang serius! Maklumlah untuk menolak motorsikal sebesar ini memang cukup seksa!
Modenas Jaguh 175 - Tanda-tanda Bateri Mahu Rosak -lampu hadapan menjadi kurang terang, kehilangan kuasa secara tiba-tiba dan kemudiannya bunyi hon menjadi perlahan. |
Bateri Procell "Maintenance Free"
Bateri Procell "Maintenance Free" yang digunakan pada motorsikal ini hanya mampu bertahan setahun! Setelah diuji menggunakkan Voltmeter ternyata kuasanya sudah mula menurun. Memang bateri tersebut bukan pilihan utama sejak dari awal lagi, tetapi kerana terdesak pada masa itu terpaksalah juga membelinya. - Cerita mengenainya di sini!
Bateri Yuasa Model 12N9-4B-1 |
Yuasa Model 12N9-4B-1 Jadi Pilihan
Kali ini Aku menggantikannya dengan bateri Yuasa Model 12N9-4B-1, sama seperti bateri OEM Jaguh. Insyallah bateri ini mampu bertahan sekurang-kurangnya dua tahun jika diselenggara dengan baik. Kosnya ialah RM105.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan