BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

03 Oktober 2010

Commonwealth Games - Delhi 2010

Bermacam-macam cerita yang tidak elok didengar tentang penganjuran temasya sukan terutamanya apabila ianya dianjurkan oleh negara membangun. Kebanyakan media terutamanya dari barat kerap menyiarkan berita yang berunsur negatif apabila ada negara membangun yang mendapat hak menganjurkan acara sukan bertaraf dunia!
Cerita yang sama juga menimpa Afrika Selatan ketika menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia yang lepas. Kali ini India juga diberitakan mengalami kesulitan dalam memastikan kelancaran penganjuran Commonwealth Games 2010 (Sukan Komanwel).  Tetapi apa yang pasti disebalik pelbagai masalah yang dihadapi oleh negara pengajur, mereka pastinya mencuba sedaya mungkin untuk memberikan yang terbaik demi menjaga imej negara mereka.

Rasanya kerisauan tentang keupayaan New Delhi sebagai tuan rumah temasya Sukan Komanwel  akan lenyap apabila majlis perasmian temasya sukan tersebut berjalan lancar dan meriah!

Halaman Web Rasmi Commonwealth Games - Delhi 2010  - http://www.cwgdelhi2010.org/




Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:


Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan