Antara iklan TV yang ditunggu-tunggu semasa musim perayaan tentunya daripada Petronas. Iklan ini dihasilkan sempena perayaan Deepavali 2010. Berpeluang untuk menyaksikan Iklan ini pagi tadi di rumah sebelum ke tempat kerja.
Hayati mesej yang hendak disampaikan menerusi iklan ini. Memang tersentuh melihat ikatan kekeluargaan, kasih sayang antara cucu dan neneknya.
Setiap insan dilahirkan dengan pelbagai perbezaan. Tentunya perbezaan itulah yang membuatkan setiap insan itu istimewa. "Raikan keistimewaan dalam diri tiap insan"
Jika terlepas peluang menonton iklan ini di TV atau pun mahu menonton iklan yang terdahulu - Singgah ke PETRONASOfficial's Channel di YouTube.
Selamat Menyambut Hari Deepavali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan