Semalam Bank Negara telah mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan perlaksanaan nisbah maksimum loan-to-value (LTV) sebanyak 70% berkuat kuasa serta-merta, bagi kemudahan pembiayaan rumah ketiga oleh peminjam.
Perlaksanaan langkah tersebut perlu dibuat kerana Bank Negara ingin mengekang aktiviti spekulasi terhadap pasaran perumahan memandangkan keadaan ekonomi yang semakin pulih. Aktiviti spekulasi ini jika tidak dibendung akan mengakibatkan harga rumah akan mengalami peningkatan.
Menurut Bank Negara lagi,
Jika Bank Negara tidak melaksanakan dasar ini, pastinya taburan pemilikan rumah dikalangan rakyat akan terjejas. Golongan yang mempunyai keupayaan untuk memiliki rumah lebih daripada yang sepatutnya akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan cara mudah seperti menyewakan ataupun menjual semula rumah tersebut dengan harga yang lebih tinggi.
Memang benar aktiviti tersebut amat menguntungkan tetapi jika ia telah sampai ke peringkat menyekat golongan lain daripada memiliki rumah, ia sudah dikira zalim.

Pelaksanaan nisbah LTV yang disasarkan untuk pembelian rumah ketiga ini dijangka dapat mengurangkan aktiviti pelaburan yang berlebihan serta kegiatan spekulatif dalam pasaran harta kediaman yang telah mengakibatkan peningkatan yang lebih tinggi daripada kenaikan harga purata di lokasi berkenaan. Ini juga telah menyebabkan kenaikan harga rumah di lokasi sekeliling, lantas mengurangkan kemampuan pembelian rumah keseluruhan oleh pembeli rumah yang tulen.
Oleh itu, langkah ini akan terus menyokong matlamat menggalakkan pemilikan rumah oleh rakyat Malaysia, yang merupakan agenda penting negara.
Jika Bank Negara tidak melaksanakan dasar ini, pastinya taburan pemilikan rumah dikalangan rakyat akan terjejas. Golongan yang mempunyai keupayaan untuk memiliki rumah lebih daripada yang sepatutnya akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan cara mudah seperti menyewakan ataupun menjual semula rumah tersebut dengan harga yang lebih tinggi.
Memang benar aktiviti tersebut amat menguntungkan tetapi jika ia telah sampai ke peringkat menyekat golongan lain daripada memiliki rumah, ia sudah dikira zalim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan