BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

10 November 2010

Leonardo Da Vinci of Formula 1 (F1), Adrian Newey

Beliau digelar sebagai Leonardo Da Vinci of F1 oleh pengulas sukan Formula 1 (F1) yang tersohor, Martin Brundle sebaik sahaja pasukan Red Bull Racing memenangi kejuaraan bagi kategori pasukan (pengeluar) Formula 1 (F1) 2010 apabila kedua-dua pemandu mereka berjaya menamatkan perlumbaan di tempat pertama dan kedua pada Grand Prix Interlagos, Brazil.


Adrian Newey - Pengarah Teknikal F1 Paling Berjaya


Personaliti yang dimaksudkan ialah Adrian Newey. Beliaulah yang bertanggungjawab secara langsung dalam mereka bentuk kereta RB6 yang memenangi kejuaraan Formula 1 (F1) kategori pasukan untuk tahun 2010. Ini merupakan kejayaan beliau yang ke 7 apabila kereta Formula1 (F1) rekaan beliau RB6 telah memenangi kejuaraan Formula 1 (F1) 2010 kategori pasukan (pengeluar).

Kejayaan ini lebih menarik kerana beliau berjaya memenanginya bersama 3 pasukan yang berlainan, bermula dengan pasukan Williams, McLaren dan Red Bull Racing. Kereta yang direka bentuk oleh Adrian Newey telah membawa Nigel Mansell, Alain Prost, Damon Hill, Jacques Villeneuve dan Mikka Häkkinen sebagai juara Formula 1 (F1).

Disebalik kejayaan yang diraih oleh Adrian Newey, beliau juga tidak terlepas dari sebarang kontroversi. Kematian Ayrton Senna pada tahun 1994 ketika memandu kereta yang direka bentuk oleh beliau seolah-olah bakal mengakhiri karier beliau didalam Formula 1 (F1) sebagai antara Pengarah Teknikal yang paling berjaya.

Kejayaan memenangi kejuaraan bagi kategori pasukan (pengeluar) tidak datang dengan mudah. Setelah 7 musim menunggu barulah ia hadir berbanding semasa beliau menyertai pasukan yang lebih besar seperti Williams dan McLaren. Ini disebabkan di Red Bull Racing, beliau memulakannya daripada kosong!

“In truth when I joined Williams and McLaren, they were teams that had won championships and clearly had the infrastructure to be capable of doing so in the future,” says Adrian. “It meant they were able to get to the point of winning races and championships quite quickly whereas Red Bull Racing was a very different case – which was what appealed to me. It was a very young team, which offered me the opportunity to be centrally involved in developing not only the design of the car but the whole infrastructure of the engineering team.” - Adrian Newey

Rujukan - Red Bull Racing, Wiki, Ayrton Senna Trials News,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan