BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

18 Januari 2011

Heterochromia Iridum - Persoalan Akhirnya Terjawab

Gambar kucing istimewa ini diambil pada tahun 1995 ketika sedang makan di satu majlis perkahwinan di Kuala Selangor. Memang pada mula tidak menyedari ada sesuatu yang istimewa tentang kucing ini tetapi apabila diperhatikan dengan agak teliti barulah terperasan yang kedua-dua matanya berlainan warna! Terus mencapai kamera untuk diambil gambarnya. 


Pada zaman itu kamera masih menggunakan filem, jadi tidak dapatlah melihat hasilnya pada masa itu juga. Terpaksa hantar ke kedai untuk dicuci dan bila sudah siap memang sah ia adalah seekor kucing yang istimewa!

Sebenarnya apa yang dialami oleh kucing tersebut disebut "Heterochromia Iridum" merujuk tentang ketidaksamaan warna mata, kulit serta rambut yang disebabkan oleh faktor genetik, penyakit atau kesan daripada kecederaan.


Penyakit genetik ini boleh diwarisi bukan sahaja oleh haiwan tetapi manusia juga tidak terkecuali. Malah ada beberapa nama besar di Hollywood yang mempunyai  sindrom ini antaranya ialah Dan Aykroyd, Kate Bosworth dan Simon Pegg.

Terima kasih Wiki kerana menerangkan fenomena unik ini.  Memang sudah terlalu lama tercari-cari jawapannya dan akhirnya dipertemukan oleh enjin carian Google di Wiki. Persoalan Akhirnya Terjawab!


Seorang pencinta teknologi dan sangat konservatif apabila berbicara tentang kewangan. Sentiasa mencari alternatif bagi menjadikan teknologi terkini mampu dimiliki. Menulis berdasarkan perspektif dan pengalaman sendiri. Jika anda dapati artikel diblog ini bermanfaat, sila kongsikannya di halaman jaringan sosial.

2 ulasan:

  1. saya pon salah seorang yg mmpunyai keistimewaan ini..mata sebelah hitam dn sblh lg coklat gelap;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul-betul istimewa tu. Tahniah :)

      Padam