BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

04 Januari 2011

Hari Pertama ke Sekolah

Semalam, hari pertama Nurin Iman secara rasminya ke sekolah. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Beliau bangun seawal jam 6 pagi dengan penuh bersemangat. Tak sabar nak ke sekolah katanya. Melihat anak yang bersemangat untuk ke sekolah tentunya membakar semangat kami untuk menghantar dan menemaninya ke sekolah. 

Maklumlah banyak perkara yang kami risaukan dan yang pastinya kami tidak mahu terlepas peluang melihat dia di hari pertama persekolahannya. Harapan kami semoga dia cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru serta rakan-rakan yang baru.



Hari Pertama ke Sekolah - Semuanya Perlu Sempurna!
Hari Pertama ke Sekolah - Semuanya Perlu Sempurna!



Memang diakui apabila Nurin Iman memasuki alam persekolahan sebenar, aktiviti persekolahannya memang cukup padat. Sesi persekolahan untuk sekolah kebangsaan bermula pada 7:20 pagi sehingga 1:20 tegahari manakala sesi persekolahan untuk sekolah agama pula bermula pada pukul 2:00 petang sehingga 3:30 petang. 

Pulang sahaja dari sekolah kebangsaan, beliau hanya mempunyai lebih kurang 1/2 jam untuk bersiap dan pergi ke sekolah agama manakala sebaik pulang dari sekolah agama terus ke kelas mengaji.  


Hari Pertama ke Sekolah - Semuanya Perlu Sempurna!


Eh! Bila difikirkan kembali, tiada apa yang berubah sejak dahulu sebenarnya. Semuanya masih sama ketika kita sebaya dengannya. Apa yang berbeza hanyalah kurikulum. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan