BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

10 Januari 2011

Sabtu, Hari Tanpa Beg Plastik

Seperi kebiasaan, setiap hari Sabtu kami ke hypermarket berdekatan untuk membeli barangan keperluan dapur. Setelah selesai memilih barangan yang dikehendaki, kami beratur dan menunggu giliran untuk membuat pembayaran. 

Setelah beberapa minit menunggu, sampailah giliran kami.  Sebaik sahaja meletakkan barang-barang dikaunter, kami diberitahu oleh juruwang bertugas pada setiap hari Sabtu beg plastik tidak akan diberi.  Oleh kerana tidak menumpukan perhatian sangat terhadap apa yang dikatakan oleh juruwang tersebut, ia kedengaran pada mulanya seperti pada hari itu beg plastik kehabisan di hypermarket tersebut!   

Apa yang bermain difikiran pada ketika itu ialah "Aiks tempat besar macam ni pun beg plastik boleh habis?".  Mujur juruwang tersebut memberitahu sekali lagi berkenaan kempen "Hari Tanpa Beg Platsik Pada Setiap Hari Sabtu". Jika masih juga mahu menggunakan plastik pada hari tersebut, pengguna akan dikenakan bayaran RM0.20 sen untuk sehelai beg plastik yang diminta. Kemudian barulah kami faham, rupa-rupanya itulah yang diberitahu oleh beliau kepada semua pelanggan yang beratur untuk membayar tadi. 




Tentu meletihkan apabila terpaksa memberitahu berulang-ulang kali ayat yang lebih kurang sama pada setiap pelanggan yang tidak memberi perhatian seperti kami :)  Apa pun langkah ini dianggap amat baik kerana ia bakal merubah pandangan orang ramai terhadap penggunaan beg plastik. Bagi pihak peniaga pula tentunya langkah ini disambut baik kerana secara langsungnya akan menjmatkan kos perniagaan. Kempen yang telah dimulakan di Pulau Pinang dan Selangor ini akhirnya di nasionalkan bermula pada 1 Januari 2011.

Untuk menggalakkan lagi kempen ini supaya lebih diterima oleh pengguna pada setiap hari, sepatutnya diselitkan sedikit insentif kewangan seperti setiap pembelian tanpa beg plastik akan direbet sebanyak RM 0.20 sen. Walau nampak kecil jumlahnya pasti kesan terhadap penggunaan plastik akan dapat dikurangkan dengan drastiknya.








Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:


Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan