Phuket - Hari Keempat
Aktiviti hari keempat diteruskan dengan rancangan sendiri memandangkan tiada aktivi rasmi untuk kami hari itu. Mula merancang sejak pagi lagi sebaik sahaja selepas bersarapan.
Mengikut rancangan awal, ramai yang berminat untuk menyewa motorsikal untuk menjelajah sekitar Pulau Phuket. Maklumlah kos menyewa motorsikal cuma 200 Bhat untuk sehari. Cukup murah!
Untuk menyewa motorsikan, Apa yang diperlukan cuma lesen memandu dan pemakaian helmet. Kesalahan tiada lesen memandu atau tidak memakai helmet akan dikenakan denda sebanyak 300 Bhat dan dikehendaki membayar pada masa saman dikeluarkan.
Oleh kerana kumpulan kami melebihi 10 orang adalah tidak praktikal untuk menyewa motorsikal untuk tujuan tersebut. Jadi alternatif yang terbaik tentunya menyewa Tuk Tuk.
Sebuah tuk-tuk boleh memuatkan seramai 8 orang penumpang tetapi untuk perjalanan yang selesa disarankan hanya memuatkan 6 orang dalam sebuah Tuk Tuk.
Pada mulanya kami hanya menyewa 2 buah Tuk Tuk, tetapi apabila tiba saat akhir ramai pula yang ingin menyertai aktiviti tersebut. Jadi terpaksalah menyewa sebuah lagi Tuk Tuk.
Kadar sewaan Tuk Tuk adalah lebih kurang 1500 Bhat untuk sehari. Inilah cara yang paling efisien dan murah untuk bersiar-siar dan menjelajah Pulau Phuket.
Karon View Point - Phuket |
Perjalanan kami dimulakan dengan menuju ke arah pantai bersebelahan Patong Beach iaitu Karon Beach. Kami menyusuri sepanjang pantai dan seterusnya menuju ke puncak tertinggi di Karon Hill yang dikenali sebagai Karon View Point untuk menikmati permandangan dari puncak bukit.
Yang pastinya suhu di kawasan berbukit ini lebih dingin berbanding di kawasan pantai membuatkan rasa ingin lebih lama berada di puncak buikit tersebut.
Namun begitu hajat tersebut terpaksa dilupakan kerana masih banyak lagi tempat yang perlu dilawati dengan panduan pemandu Tuk Tuk..
Namun begitu hajat tersebut terpaksa dilupakan kerana masih banyak lagi tempat yang perlu dilawati dengan panduan pemandu Tuk Tuk..
Kami meneruskan perjalanan ke menuruni Karon Hill dan kemudiannya singgah di Elephant Camp untuk melihat dengan lebih dekat lagi haiwan mamalia terbesar di daratan iaitu gajah.
Memang mengujakan apabila dapat melihat haiwan ini dari dekat dan mengambil peluang memberi mereka makan. Cuma sentiasa harus berwaspada ketika berada berdekatan kerana haiwan ini kerana ia dilepas bebas.
Kami berada di sana lebih kurang 30 minit sebelum menyambung semula perjalanan menuju ke satu lagi punck bukit iaitu di Promthep Alternative Energy Station.
Promthep Alternative Energy Station |
Tidak sama sekali menyangka dihadapan stesyen janakuasa alternatif ini juga menawarkan permandangan yang cukup menarik. Keletihan menaiki Tuk Tuk terasa berbalas dengan kecantikan permandangan yang ditawarkan di sini.
Promthep Cape |
Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke selatan untuk ke Promthep Cape. Antara lokasi wajib jika ke Pulau Phuket kerana ia adalah penghujung paling selatan bagi pulau ini.
Promthep Cape |
Sebenarnya Promthem Cape terletak bersebelahan dengan Promthep Alternative Energy Station. Walaupn dekat, perjalanan hendak menuju ke Promthep Cape terasa jauh disebabkan jalan-jalan yang berliku dan berbukit.
Promthep Cape |
Semasa dalam perjalanan ke Promthep Cape hujan sudah mulai turun, sedikit sebanyak menjejaskan keseronokan. Walaupun hujan masih sempat mengambil beberapa keping gambar untuk dijadikan kenang-kenangan.
Bagi yang cukup berani, boleh terus turun untuk menuju ke semenanjung kecil di penghujung Promthep Cape.
Gambar-gambar menarik mengenai Promthep Cape ini banyak diabadikan di poskad-poskad yang banyak dijual di kedai-kedai cenderamata seluruh Pulau Phuket.
Di Promthep Cape kami sekali lagi berbincang, memandangkan cuaca tidak begitu baik dan ada diantara kami yang sudah tidak berapa sihat. Jadi adalah lebih baik untuk kami memendekkan sesi menjelajah Pulau Phuket dan mencari lokasi lain yang lebih bersesuaian. Akhirnya kami sepakat untuk ke Phuket Town.
Bagi yang cukup berani, boleh terus turun untuk menuju ke semenanjung kecil di penghujung Promthep Cape.
Gambar-gambar menarik mengenai Promthep Cape ini banyak diabadikan di poskad-poskad yang banyak dijual di kedai-kedai cenderamata seluruh Pulau Phuket.
Di Promthep Cape kami sekali lagi berbincang, memandangkan cuaca tidak begitu baik dan ada diantara kami yang sudah tidak berapa sihat. Jadi adalah lebih baik untuk kami memendekkan sesi menjelajah Pulau Phuket dan mencari lokasi lain yang lebih bersesuaian. Akhirnya kami sepakat untuk ke Phuket Town.
Lebih kurang pukul 2:00 petang kami meninggalkan Promthep Cape untuk menuju ke Phuket Town. Dalam perjalanan menuju ke sana kami berhenti makan tengahari di sebuah restoran muslim berhampiran Masjid Nuruddeeniyah, Rawai.
Di restoran ini ada menjual nasi campur dan sup manakala dihadapannya ada gerai menjual goreng pisang. Tak sangka akhirnya dapat juga merasa goreng pisang Phuket.
Memilih untuk memakan sup daging berserta nasi putih dan segelas teh o ais limau. Makanan seringkas ini bernilai 110 Bhat. Nampakanya makanan memang cukup mahal di Pulau Phuket. Boleh dikatakan kadarnya adalah dua kali ganda berbanding di Malaysia. Apa pun harga makanan yang dianggap mahal itu diseimbangkan dengan rasanya yang lazat. Jadi tiada masalah dibahagian ini dan sudah boleh menerima hakikat.
Alhamdulillah mungkin sudah rezeki, sekali lagi dibelanja makan oleh Haji Azman.
Selesai makan kami meneruskan perjalanan ke Phuket Town. Destinasi yang di tuju ialah Pasaraya SuperCheap. Tujuan utamanya adalah untuk membeli buah mangga. Diberitakan, kami boleh memperolehi buah mangga dengan agak murah di pasaraya ini.
Dalam perjalanan ke pasaraya pemandu Tuk Tuk sudah sedikit melencong daripada tujuan asal. Mereka dengan sengajanya memberhentikan kami di kilang memproses batu permata dan mutiara. Mulanya memang terasa agak marah kerana tempat ini tiada dalam perancangan.
Oleh kerana sudah sampai, kami semua masuk juga ke dalam kilang tersebut konon-kononya untuk menumpang penghawa dingin dan tandas. Maklumlah Tuk Tuk tiada penghawa dingin! Bila sudah masuk ke dalam akhirnya terjebak juga membeli cincin mutiara yang dijual murah kerana ada potongan harga :)
Pasaraya SuperCheap
Akhirnya kami tiba juga di Pasaraya SuperCheap. Memang terkejut dengan bentuk struktur bangunanya. Kalau di Malaysia bangunan seperti ini tentu sudah diistiharkan sebagai tidak selamat!
Bagunan berstruktur kayu ini memang sebuah pasaraya besar! Lengkap dengan segala kemudahan. Bagaimana mereka boleh menawarkan harga yang murah? Jawapannya mudah, di premis ini tiada penghawa dingin mahu serta persekitaran yang cantik. Apa yang ada cumalah kemudahan yang paling minima.
Mereka menjual segala-segalanya, dari barangan dapur sehingga ke alat ganti kenderaan! Semuanya dibawah satu bumbung. Patutlah pasaraya ini berani menggunakan nama SuperCheap!
Mereka menjual segala-segalanya, dari barangan dapur sehingga ke alat ganti kenderaan! Semuanya dibawah satu bumbung. Patutlah pasaraya ini berani menggunakan nama SuperCheap!
Cuma untuk berbelanja dengan tenang dinasihatkan tidak melihat ke bahagian atas kerana sebaik sahaja terlihat struktur bangunan ini diperbuat daripada kayu dan ditampal-tampal tentunya akan menyebabkan kita merasa tidak yakin berada didalamnya!
Berada di sana lebih kurang 30 minit sebelum menyambung semula perjalanan untuk kembali semula ke hotel penginapan. Kami perlu balik segera ke hotel kerana mengikut perancangan, kami akan dibawa untuk makan malam dan perlu bersedia untuk ke restoran tersebut tepat jam 6:00 petang. Sempatlah juga berehat lebih kurang sejam lebih sebelum menyiapkan diri untuk ke makan malam.
Tepat jam 6:00 petang kami dibawa ke keluar dari hotel untuk menuju ke Secret Cliff Restaurant yang terletak di Karon Beach.
Restoran ini menawarkan permandangan yang menarik dari lereng bukit dan menghadap ke laut yang terbentang luas.
Memang agak awal untuk makan malam tetapi tujuan sebenar kami dibawa ke restoran ini ialah untuk menikmati panorama matahari terbenam sambil menikmati makan malam.
Sebaik sahaja matahari terbenam, bunyi cengkerik berdesir melengkapkan irama latar belakang di restoran yang sudah mula kembali riuh sebaik sahaja selesai makan. Kami meninggalkan restoran tersebut sekitar jam 9:00 malam untuk dihantar pulang ke hotel penginapan.
Memandangkan esoknya kami akan berangkat pulang, ramai yang mencadangkan kepada pemandu pelancong supaya menurunkan kami di sekitar kawasan Hard Rock Cafe dan Jangceylon kerana ramai yang masih mempunyai Bhat lebih untuk dibelanjakan dan membeli belah untuk kali terakhir di Phuket.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan