BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

12 Mei 2011

Facebook SPAM

Sebentar tadi secara tidak sengaja telah terklik satu notis daripada aplikasi yang merupakan aplikasi SPAM di Facebook. Mungkin disebabkan terlalu mahu cepat, tidak memastikan aplikasi tersebut adalah sah. 

Sebaik sahaja ia diklik (VERIFY MY ACCOUNT), aplikasi tersebut menghantar mesej tersebut ke wall hampir semua senarai kawan-kawan yang ada didalam akaun Facebook! 


Please do your part in PREVENTING SPAM by VERIFYING YOUR ACCOUNT. Click VERIFY MY ACCOUNT right next to comment below to begin the verification process...

Jika menerima mesej seperti ini di wall akaun Facebook, SILA DELETE MESEJ TERSEBUT! Jika anda menurut arahan mesej tersebut, secara tidak langsung akaun anda akan digunakan untuk menggandakan lagi serangan SPAM ke atas akaun kenalan serta ahli keluarga yang ada dalam senarai akaun Facebook anda.

Untuk itu saya ingin memohan jutaan maaf kepada rakan-rakan di Facebook yang telah menerima mesej seperti diatas daripada akaun Facebook Saya. 

Saya sangat kesal dan malu kerana telah menjadi ejen SPAM disebabkan oleh kelalaian Saya sendiri.






Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan