BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

15 Mei 2011

Jodoh Kita Masih Panjang

Alhamdulillah blogger sudah kembali pulih seperti sediakala. "Entry" yang hilang tempohari telah pun dikembalikan semula. Semoga selepas ini tidak ada lagi insiden seperti ini akan berlaku lagi.  

Sejak blogger mula membuat hal tempohari, ramai juga yang memujuk serta mencadangkan supaya berpindah ke platform lain dan menggunakan khidmat "self hosting". Sebenarnya perkara tersebut memang sudah lama ada dalam perancangan, cuma hati ini masih lagi belum terbuka untuk berhijrah.


Apa yang membuatkan hati ini masih belum terbuka untuk menggunakan khidmat "self hosting" tentunya kerana perkhidmatan percuma yang selama ini diberikan oleh Google  masih cukup mantap. 

Sesekali platform blogger menghadapi masalah masih lagi boleh dimaafkan walaupun tidak dinafikan ia tetap mengundang kecewa.  

Nampaknya jodoh kita masih panjang :)




Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan