BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

24 Mei 2011

Ke Mana Selepas SPM?

Keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah pun dikeluarkan baru-baru ini. Jadi, sepanjang minggu yang lepas ramai juga saudara mara serta rakan-rakan sepejabat yang bertanyakan pendapat serta prospek kursus dan segala perkara yang berkaitan.

Persoalan pokoknya tentunya - Ke Mana Selepas SPM?


Nampaknya kerjaya hakiki terpaksa dilupakan sebentar dan bertukar kerjaya kepada "Perunding Akademik dan Kerjaya"  bukan professional :)

Memang tidak dinafikan, persaingan adalah amat sengit untuk mendapatkan tempat di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).  Jadi hanya yang benar-benar bagus dan berkelayakkan akan mendapat tempat.

Namun begitu ada juga individu yang dikategorikan sebagai tidak bernasib baik. Walaupun mendapat tempat di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tetapi bidang yang dipilih serta ditawarkan berbeza dengan apa yang dipohon.

Walaupun tidak mendapat tempat ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), kebanyakkan mereka ditawarkan tempat ke tingkatan 6.  

Melanjutkkan pelajaran ke tingkatan 6 antara pilihan yang perlu diberi perhatian juga. Ia tidaklah seburuk yang disangka. Jika matlmat utamanya ialah untuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Universiti, melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 adalah pilihan yang tepat!


Tidak minat untuk ke tingkatan 6?

 


Kalau masih juga tidak berminat ke tingkatan 6, mengikuti kursus-kursus persijilan professional perlu dipertimbangkan secara serius.

Memandangkan nasihat ini datangnya daripada seorang yang kerjayanya berkaitan dengan bidang teknologi maklumat, tentunya jalan serta tios yang diberikan lebih menjurus ke arah bidang tersebut.



Bagi yang berminat untuk memasuki bidang Teknologi Maklumat (Information Technology) bolehlah mengikuti kursus-kursus persijilan professional anjuran ComTIA, Cisco, Microsoft, Oracle, MITPE , Check Point, Certified Ethical Hacker dan lain-lain.  

Kebaikan mengambil kursus-kursus persijilan professional ini ialah jangka masanya yang agak pendek iaitu kurang daripada setahun (bergantung kepada individu), ianya diktiraf diperingkat antarabangsa serta kosnya yang agak berpatutan berbanding kursus setara yang ditawarkan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Awam Swasta (IPTS).



Cuma dicadangkan supaya buat permulaan perlu menguasai kursus-kusus persijilan anjuran ComTIA atau Microsoft  dahulu sebelum "upgrade"  ke kursus persijilan professional yang lebih tinggi.

Apa pun janganlah merasa rendah diri apabila tidak dapat melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kerana peluang untuk belajar masih terbuka luas. Kebanyakkan pelajar tidak tahu hala tuju yang sebenar dan kabur tentang pilihan yang ada.

Yang pastinya memang tidak ramai yang tahu mengenai kursus-kursus persijilan professional ini. Selain itu, kursus-kursus persijilan professional ini juga sesuai untuk diikuti bagi individu yang sedang bekerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan