Wordless Wednesday
Mei 20, 2015
Memaparkan catatan dengan label Kerjaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerjaya. Papar semua catatan
20 Mei 2015
25 Mei 2011
Realiti
Mei 25, 2011
Realiti Kehidupan #3 - Mengurus Manusia Kerja Susah!
Sehebat mana pun skill teknikal seseorang itu takkan lengkap jika tidak mampu mengurus serta melayan kerenah manusia.
Jika sudah mampu mengurus sekumpulan "subordinate" memang tiada masalah untuk terus maju kehadapan kerana perkara yang paling sukar telah berjaya dikawal.
Sedar atau tidak kemahiran mengurus manusia semakin menjadi lebiih penting seiring dengan perkembangan kerjaya seseorang.
24 Mei 2011
SPM
Mei 24, 2011
Ke Mana Selepas SPM?
Keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah pun dikeluarkan baru-baru ini. Jadi, sepanjang minggu yang lepas ramai juga saudara mara serta rakan-rakan sepejabat yang bertanyakan pendapat serta prospek kursus dan segala perkara yang berkaitan.
Nampaknya kerjaya hakiki terpaksa dilupakan sebentar dan bertukar kerjaya kepada "Perunding Akademik dan Kerjaya" bukan professional :)
Persoalan pokoknya tentunya - Ke Mana Selepas SPM?
Nampaknya kerjaya hakiki terpaksa dilupakan sebentar dan bertukar kerjaya kepada "Perunding Akademik dan Kerjaya" bukan professional :)
Memang tidak dinafikan, persaingan adalah amat sengit untuk mendapatkan tempat di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Jadi hanya yang benar-benar bagus dan berkelayakkan akan mendapat tempat.
Namun begitu ada juga individu yang dikategorikan sebagai tidak bernasib baik. Walaupun mendapat tempat di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tetapi bidang yang dipilih serta ditawarkan berbeza dengan apa yang dipohon.
Walaupun tidak mendapat tempat ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), kebanyakkan mereka ditawarkan tempat ke tingkatan 6.
Namun begitu ada juga individu yang dikategorikan sebagai tidak bernasib baik. Walaupun mendapat tempat di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tetapi bidang yang dipilih serta ditawarkan berbeza dengan apa yang dipohon.
Walaupun tidak mendapat tempat ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), kebanyakkan mereka ditawarkan tempat ke tingkatan 6.
Melanjutkkan pelajaran ke tingkatan 6 antara pilihan yang perlu diberi perhatian juga. Ia tidaklah seburuk yang disangka. Jika matlmat utamanya ialah untuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Universiti, melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 adalah pilihan yang tepat!
Tidak minat untuk ke tingkatan 6?
Kalau masih juga tidak berminat ke tingkatan 6, mengikuti kursus-kursus persijilan professional perlu dipertimbangkan secara serius.
Memandangkan nasihat ini datangnya daripada seorang yang kerjayanya berkaitan dengan bidang teknologi maklumat, tentunya jalan serta tios yang diberikan lebih menjurus ke arah bidang tersebut.
Bagi yang berminat untuk memasuki bidang Teknologi Maklumat (Information Technology) bolehlah mengikuti kursus-kursus persijilan professional anjuran ComTIA, Cisco, Microsoft, Oracle, MITPE , Check Point, Certified Ethical Hacker dan lain-lain.
Kebaikan mengambil kursus-kursus persijilan professional ini ialah jangka masanya yang agak pendek iaitu kurang daripada setahun (bergantung kepada individu), ianya diktiraf diperingkat antarabangsa serta kosnya yang agak berpatutan berbanding kursus setara yang ditawarkan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Awam Swasta (IPTS).
21 Januari 2011
Realiti
Januari 21, 2011
Selepas 10 Tahun.. #0
Sudah masuk tahun ke 11 Aku bekerja di sektor swasta. Dalam tempoh itu sudah 3 kali aktiviti penyusunan semula koprat dilakukan. Diantaranya melibatkan penggabungan syarikat, pemindahan operasi ibu pejabat dan pembentukan anak syarikat yang baharu.
Ketidaktentuan..
Setiap kali menempuhi aktiviti tersebut perkara yang paling dirisaukan ialah sama ada diri ini masih diperlukan atau tidak. Tidak dapat dinafikan bekerja di sektor swasta ketidaktentuan sentiasa bermain difikiran. Bila terlalu difikirkan, ia jadi lebih menakutkan!
Jadi untuk tidak terlalu terbawa-bawa oleh ketakutan tersebut, adalah lebih aman jika tidak memikirkan sangat mengenainya.
Jadi untuk tidak terlalu terbawa-bawa oleh ketakutan tersebut, adalah lebih aman jika tidak memikirkan sangat mengenainya.
Selepas 10 tahun..
Untuk mengekalkan prestasi selepas 10 tahun bekerja juga merupakan sesuatu yang sukar. Pada ketika ini motivasi serta dorongan sudah semakin berkurangan.
Bila dicampur elemen ketidaktentuan dan dorongan serta motivasi yang semakin menurun, kesannya pada diri akan menjadi lebih teruk! Perlu dilakukan sesuatu untuk mengembalikan semula kekuatan.



