Nampaknya ada beberapa perkembangan terbaharu yang menarik di Twitter sejak beberapa hari yang lepas. Selain memperkenalkan "Follow Button", Twitter juga telah membuat penambahbaikan terhadap sistem notifikasi kepada pengguna.
Kini, setiap kali pengguna Twitter di "mention" (@) oleh pengguna Twitter yang lain, email pemberitahuan akan dihantar kepada pengguna.
Fungsi ini tentunya amat berguna kerana sebelum ini memang tiada langsung notifikasi dan menyebabkan pengguna Twitter akan terlepas untuk turut serta dalam perbualan atau topik yang sedang dibincangkan di Twitter.
Dengan adanya fungsi ini, tentunya pengguna Twitter tidak akan terlepas lagi untuk turut serta membalas topik yang dibincangkan kerana ia boleh dibalas terus melalui email notifikasi tersebut.
Tentunya fungsi ini juga boleh dinyah aktifkan, jika pengguna tidak berminat menggunakannya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Twitter Help Center | How To Change Your Email Preferences
Eh dah macam Facebook juga kan? :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan