BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

05 Julai 2011

Realiti Kehidupan #5 - Eksperimen Untuk Meningkatkan Kualiti Hidup!

Tentunya dalam mengharungi kehidupan, kita sentiasa bereksperimen. Tujuannya ialah untuk mendapatkan yang terbaik melalui sumber yang sedia ada dan untuk meningkatkan kualiti hidup.  

Dalam bereksperimen belum tentu hasilnya akan menepati jangkaan. Kadangkala faktor nasib juga memainkan peranan. Jika bernasib baik eksperimen itu membuahkan hasil dan sebaliknya.  

Tetapi secara asasnya, jika formulanya serta kaedah yang digunakan itu tepat, Insyallah hasilnya adalah seperti yang dijangkakan. Namun begitu jika berlaku sedikit kesilapan tentunya ia akan gagal.

Yang pastinya kita akan bangkit semula serta melihat semula kaedah yang digunakan, memperbaiki setiap kelemahan dan mencuba dengan cara yang lain pula sehinggalah kita mendapat hasil yang diingini. 


Pun begitu ada eksperimen yang tidak ada ruang untuk kegagalan. Bereksperimen dalam mendidik anak misalnya.  Memang perlu ketelitian serta fokus yang lebih.  Jika tersilap keadahnya, buruk padahnya.  Inilah realiti kehidupan.








Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan