BEAM

Bila Encik Anif Menulis (BEAM)

Trending

04 Ogos 2011

Jadual Kempen Menderma Darah Bergerak (HSA) - Ogos 2011

Berikut adalah Jadual Kempen Menderma Darah Bergerak Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru Bagi Bulan Ogos 2011.  

Buat warga Johor Bahru dan sekitarnya bolehlah berkunjung di tempat yang dinyatakan pada tarikh yang telah ditetapkan untuk menderma darah.

Kebetulan pada bulan Ogos, kita berada didalam bulan Ramadan. Tentu ada sedikit kerisauan serta kekeliruan bagi yang ingin menderma darah ketika Ramadan terutamanya dari segi hukum. 




Walaupun dibulan Ramadan, kita sebenarnya masih boleh menderma darah.  Cuma sebaik-baiknya dilakukan selepas waktu berbuka.

Bagi yang masih ragu-ragu mengenai menderma darah ketika berpuasa boleh rujuk pada artikel yang ditulis oleh Dr Abdul Hayei Abdul Sukor untuk mendapat pandangan yang lebih jelas dan menyeluruh mengenai isu ini:

Menderma Darah Ketika Berpuasa

Soalan

Apa hukum seseorang menderma darah pada bulan puasa, adakah batal puasanya kerana mengeluarkan darah itu. Bolehkah jika dia mengambil keputusan untuk berbuka pada hari itu?.
- Ramli.

Jawapan

Derma darah pada siang hari di bulan Ramadan ada dua pihak yang berkaitan hukum puasa, iaitu penderma dan pihak yang didermakan. Penderma boleh disamakan hukumnya dengan orang yang mengambil darah dengan cara berbekam, samada daripada kepala atau bukan kepala, yang disebut al-Fasd (berbekam pada bahagian bukan kepala) dan al-hijamah (berbekam pada kepala). Jumhur ulama berpendapat, berbekam tidak membatalkan puasa. Jadi, hukum menderma darah pada bulan puasa tidak membatalkan puasa.

Pihak yang didermakan darah pula, hukumnya sama dengan hukum menyuntik ubat pada badan pesakit. Jika suntikan dilakukan kerana mengubat dan merawat sakit serta dilakukannya melalui urat, maka ia juga tidak membatalkan puasa, tetapi jika suntikan itu berupa makanan, maka ia membatalkan puasa. Namun, saya lebih cenderung untuk menyatakan pendapat, bahawa pendrma darah, perlu berbuka untuk mengambil makanan yang menambahkan tenaganya, selepas darahnya diambil. Jika penderma ini mengambil keputusan untuk berbuka, hendaklah menggantikan puasanya apabila sembuh sakitnya nanti. Perselisihan pendapat ulama sekitar hukum, sama ada batal atau tidak batal puasa penderma darah, adalah antara masalah furu` dan suatu rahmat yang memungkinkan kita memilih mana yang lebih mudah dan terbaik bagi kita.

Untuk artikel penuh sila rujuk - Blog - Dr Abdul Hayei Abdul Sukor








Anif.. Version 2.0 dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia Creative Commons. Sebarang bentuk penggunaan dan penerbitan semula artikel dari blog ini hendaklah dinyatakan pautanya serta dikreditkan kepada penulis asal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Disclaimer.

Sila masukkan Email untuk melanggan artikel terkini:



Penghantaran Oleh FeedBurner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan