Disebabkan terlalu seronok, terlupa yang perut masih belum bersedia dipadatkan dengan makanan yang berat-berat. Maklumlah baharu sahaja selesai menjalani ibadat puasa. Sepatutnya perlu mula dengan perlaha-lahan..
Hujung minggu dimanfaatkan sepenuhnya berziarah dan menghadiri rumah terbuka di rumah sanak saudara yang berada disekitar Johor Bahru. Keluar rumah sekitar jam 3 petang dan pulang ke rumah menghampiri jam 1 pagi. Program berziarah berkumpulan ini memang menyeronokkan.

Keesokan harinya, terpaksa ke klinik kerana "diarrhea" dan diberi cuti sehari! Tentunya pelbagai ubatan diberikan untuk meredakan situasi..
Buat sehari dua ini, memang ubat-ubat ini menjadi menu santapan utama. Akibat dari ketidakselesaan, hasrat untuk mengemaskini blog juga tidak kesampaian.. terabai buat beberapa hari. Memang sengsara bila terkena "diarrhea"!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan