Selamat menyambut Maal Hijrah dan tinggal lebih kurang sebulan lebih lagi untuk menyambut tahun baru 2012.
Sekarang adalah masa yang dikira agak sesuai untuk mula melakukan analisis terhadap keberkesanan azam serta pencapaian diri disepanjang tahun 2011.
Buat yang telah berjaya mencapai matlamat, tahniah diucapkan. Bagi yang masih lagi belum berjaya mencapai matlamat, cuba luangkan sedikit masa lagi untuk menyiasat dimana kelemahannya. Jika sudah mengetahui puncanya, insyallah akan diberikan ilham dan idea bagaimana mahu menyelsaikan masalah tersebut.
Masih ada sebulan lagi sebelum tahun 2011 melabuhkan tirai. Mungkin dalam jangka masa sesingkat ini berserta pendekatan yang telah diubahsuai, masih berpeluang menyelesaikan beberapa perkara dan azam yang tertunggk. Insyalah..
Alhamdulillah semenjak Saya memilih untuk mempunyai azam yang bersifat jangka panjang dan menyingkirkan azam yang berbentuk kehendak, perancangan untuk mencapai matlamat menjadi lebih terarah (fokus).
" Apakah azam tahun baru anda? "
Jawapan standard yang sangat bosan untuk didengar tentunya :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan